PI Merentasi Kurikulum Komputer: Makna Solat

Bismillahirrahmanirrahim.,

Solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (2:45)

Satu pagi Isnin tahun 2010 di Makmal Siber Kuala Klawang, kelihatan Cikgu_Maya berbaju ungu gelap dengan tudung ungu cair lembut, sejuk bak wajah riang murid-muridnya tatkala mengadap komputer masing-masing. 

Cikgu: Assalamualaikum murid-murid (masing-masing menjawab dengan pelbagai nada dan intonasi… waalaikumussalam cikgu..)

Cikgu:sebelum kita memulakan kuliah elok kita mulakan dengan…

Aida: Bacaan AlFatihah…

Cikgu:Bagus…Aida.  Baik, mari sama-sama kita betulkan niat dan ikhlaskan tujuan kita belajar dan mulakan dengan al-fatihah dan doa belajar.  Bagi yang bukan muslim bertafakkurlah mengingati yang baik-baik.

Juli: Baca sendiri-sendiri je cikgu? Saya tak ingatlah…Dulu kat tadika kitorang selalu baca sama-sama

Cikgu:Takpe2, Juli klik saja pada doa di salah satu page dalam blog Pendidikan Komputer depan Juli tu…dan baca sendiri dalam hati ye.

Juli: hmmm…okla cikgu.

Ramadhan: Hmmm, cikgu, saya ingat tadi kita solat dulu sebelum baca doa…

Cikgu:  Ya lah Ramadhan, tapi kita solat dah di rumah sebelum ke sini tadi kan?

Idura: Ntah kau ni, takkan nak solat kat sini pulak?

Ramadhan: Tapi nak gak tau maknanya cikgu, main hafal je! Boleh ke kita tanya soalan tu dalam kelas komputer ni cikgu?  Patut tanya ustazah Fatimah tadi kan?

Nazri: alah boleh jelah, nanti kalau ko tak siap keje cikgu bagi tu buat jelah sendiri masa open lab ..

Shah: Hah ialah, saya pun tak pernah terfikir makna bacaan tu, dah belajar tapi lupala, tapi saya hafal dapat gak full mark masa exam tapi sungguh saya tak ingat kalau cikgu tanya sekarang…

Cikgu: Hah, kebetulan tadi cikgu baru dapat emel dari kawan cikgu masa sama-sama belajar kat Kulim dulu, tentang makna bacaan dalam solat nanti cikgu post di blog PK (dibaca Pendidikan Komputer), kamu baca sendiri2 nanti kalau nak komen boleh komen di situ, kita kena mulakan kelas dah ni nanti tak sempat nak buat amali, open lab selalu penuh cikgu suka kalau kamu siapkan masa kelas ni.

Hafiz: Nak baca dulu boleh cikgu?

An: Kau ni dengar la betul2, kan cikgu kata baca senyap2 tadi..baca jelahh..

Azlan: Nak baca jugak!

Amir, Khairi dan Fifi: Kitorang pun sama cikgu!

Cikgu:  Ok2.  Cikgu dah post, kalau nak baca, baca cepat lepas tu habiskan kerja amali semalam, tepat jam 9 nanti cikgu nak demo package baru untuk edit graphic guna teknik vektor. 

…Hafiz pun mengklik RSS Pendidikan Komputer di panel kanan blognya untuk melihat posting terkini Cikgu_Maya 

Takbiratul-Ihram & Takbir 
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 

 
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujin ya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau sela watkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah En gkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

“Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggup
ke nerakaMu….kami lah hamba yang mengharap belas dariMu …”Ya Allah
jadikan lah kami hamba2Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua
ibubapa  kami  dan dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

About Rosseni

Educational Technology - Akademik Tarbiyyatul Qalbi - Diri Tarbiyyatul Aulad - Keluarga
This entry was posted in Curriculum and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to PI Merentasi Kurikulum Komputer: Makna Solat

  1. Pingback: MENCAPAI KHUSYUK DALAM SOLAT « TarBiyyaTuL QaLbI

Leave a comment