Why I Teach

Why I Love Teaching

WHY I LOVE TEACHING

I love teaching especially when it comes to June, July, August, January and February.…
5 months in a year I am free to learn anything I wish …
I may learn about Allah and I may learn about computers.
I may learn about how to teach and how to learn.
I may learn about chess and implement it into my working strategy…
I may make mistakes along the way.
And nobody tells me what to do except my boss just giving me the guideline of what not to do.

5 months in a year I am free to read whatever my heart desires.
5 months in a year I am free to write.
5 months in a year I am free to program.
5 months in a year I am free to build my own library of knowledge.
And 5 months in a year I am free to test if what I am doing is right.

And I keep on teaching because of my fond memories and reflections…
I teach because of Nazri …
I feel gratified when the little artist turn into a great multimedia designer.
I teach because of Shah…
I love to see the glow in his eyes when he got an A for Geography and the rest of the PMR subjects.
I teach because of Shazri, Nazamudin and Azlimi…
I feel the need to make up for the hurt that I have caused them.
I teach because of Izwan…
I feel honoured to have the world greatest student…cushy, sincere, diehard, obliging and honest…
I teach because I love to see the smile in Wan’s face after all the tears
I teach because of Aida, Juli and Ramadhan…
because of Norleen…
because of Idura…
because of Aimi, Izzuddin and Alif…
because of MRSM Kulim, Jelebu, Kuala Klawang…KP6/93, KP6/95 and the CyberKids at CyberLab…
because of SRI ABIM and Tarbiyyatul Aulad…
and I continue to teach Eduational Technology…
because of the mesmerizing fruitful experience I had…
teaching TESL set II batch 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 and now 2014,
And of course I teach because of KZ, Faisal, Khairi, Aiman, Amir, Hafidz, Luqman, Hudaa and Ariff.


One thing for sure, I certainly don’t teach because teaching is easy for me.
It is the most difficult thing for someone like me.
Who likes to work alone and focuses on tasks rather than people.
Who never feel ready to teach no matter how late I stay up preparing…
Who is always nervous thinking that I will be found out for the fool that I am.
Who always leaves the classroom, convinced that I was even more boring than usual.

And certainly I don’t teach because I think I know how to teach and have all the answers…
Because sometimes I feel my course is a big failure.
I really teach because I like to ask questions that students must struggle to answer.
And I like to ask questions because the world is full of right answers to bad questions.
And while asking, I sometimes find good questions for a good answer.

I really teach because teaching helps me built not only my own character but
also my kids, my students and my friends.
It gives me challenge and time to think…
And it gives me opportunity to keep on learning.

I teach because of the memories of those who grow and change in front of me.
I teach because I get paid to do what I enjoy: reading, writing, analyzing, researching and experimenting ideas.

I teach because I love the power that was bestowed upon me to nudge, to nurture and to suggest.
I teach because I love to point out pathways and to change views and old paradigms.
I also teach because teaching offers something else besides money and power.
I teach because it offers love…
The love of reading and searching for new information.
The love of generating and implementing ideas and values.
The love of critical and creative thinking.
The love for acquiring new skill in information retrieval.
And last but not least…
The love for that rare student who walks into my life.

And above all I teach because of Allah…He promised

 

He will give another blessing which you love, help from Allah and a near victory, and give glad tidings to the believers [61:13]

And He is the Most Gracious, the Most Merciful…

 

Most hateful it is with Allah that you say that which you do not do [61:3]

I teach to remind myself of His reminder…

 

So keep your duty to Allah and fear Him as much as you can; listen and obey, and spend in charity; that is better for yourselves. And whosoever is saved from his own covetousness (materialism), then they are the successful ones.. And if you spend for Allah’s Cause, He will double it for you, and will forgive you. And Allah is Most ready to appreciate and to reward, Most Forbearing, All-Knower of the unseen and seen, the Al-Mighty, the All-Wise. [65:16-18]

Allah is God, I bear witness that there is no deity but God, and I bear witness that Muhammad is His Servant and Messenger. Ashhadu an la ilaha illla’llah wa ashhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.

Rosseni
Last revised 29/10/07 based on my first teaching experience upon giving up my programming job in 1993 till the present…

Assalamualaikum wbt., dan salam hormat,

Refleksi ini asalnya bertajuk “Why I love Teaching”.  Setelah membuat meta-refleksi susulan komen dari Azhar saya cuba buat sedikit perubahan bermula di sini.

Penulisan ini diberi nafas baru dari penulisan asal yang telah saya siarkan dalam eBincang bagi mereka yang mengambil kursus Pendidikan Komputer khususnya APK, PBBK dan TMK dengan saya di sekitar tahun 2002-2004.  Pemikiran pada masa itu perlu dilatih dalam bahasa Inggeris kerana fakulti menetapkan pengajaran Sains, Matematik dan Teknologi dalam bahasa Inggeris.

Pada tahun 2003 itu…dunia pendidikan heboh dengan PPSMI dan usaha meng-Inggeriskan segala yang Melayu terutamanya yang berkaitan Sains, Matematik dan Teknologi.  Maka lahirlah cetusan rasa dalam bahasa itu maka kini saya sambung refleksi nafas baru dalam bahasa itu juga, insyaAllah untuk mengekalkan kesinambungannya.

Bukan sekali-kali bermaksud saya memihak kepada penukaran bahasa pengajaran untuk subjek-subjek Sains, Matematik dan Teknologi itu kepada bahasa Inggeris, sekadar mencungkil sekiranya ada kemahiran bahasa yang masih boleh diasah untuk mengikut arus perdana; kerana hakikatnya itu yang harus dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran mahu atau tidak agar pendidikan anak bangsa tidak terabai.

Penulisan ini saya sisipkan disini bagi menggantikan Page “About” yang biasa memaparkan biodata pemilik blog.  Saya kira penulisan ini lebih dekat mengupas sedikit sebanyak falsafah diri ini mengenai dunia pendidikan, cukup sekadar sedikit taaruf untuk memulakan ikatan ukhuwah dalam mencari ilmu yang bermanfaat.  Moga Dia, al-Haq memberkati segala usaha kita.  Amin.

Disunting pada 26.09.2014 jam 7:35 am

43 Responses to Why I Teach

  1. azhar says:

    Dalam bahasa melayu kurangkan penggunaan penulisan singkatan seperti dlm, kpd dan sebagainya kecuali SWT. Nampak seperti kurang kemas. Asingkan blog bahasa melayu dengan bahasa inggeris pada dua bahagian. Kalau boleh jangan campur adukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris. Maaf kalau terguris bahasa.

  2. Salina Kadirun says:

    Salam …
    Puan, saya dah melayari sebahagian daripada intipati blog puan ni … Blog yang bagus dan banyak yang hendak dikongsi bersama …tetapi perlu penyusunan yang lebih sistematik lagi dan maklumat-maklumat yang boleh dicapai. Maksud dan niat puan untuk membangunkan manusia dan dunia pengkomputeran tu bagus dan memang jelas secara tersirat dan tersurat tetapi bagi individu-individu yang mahu berfikir dan yang memahaminya.

    Hmm … I know you can do it … No matter how hopeless …Allah will always be with you …

  3. Cikgu says:

    Salam buat Azhar dan Salina;

    Terima kasih tak terhingga atas kesudian meluangkan masa untuk memberi komen yang sangat berharga buat saya.

    Maklumbalas kepada komen Azhar:
    Terima Kasih Azhar. Allah jua yang dapat membalasnya. Saya seakan2 nampak sebenarnya masalah BM/BI tu tapi mungkin semasa pelaksanaan kadang “excited” nak masukkan beberapa perkara yang baru ditemui sehingga tersasar dari niat untuk membina blog dalam bahasa Melayu. Terima kasih kerana sudi membetulkan sasaran yang telah sedikit terpesong itu.

    Seperkara lagi, ilmu kejurulatihan komputer ini banyak juga yang saya terjumpa dalam blog bahasa bukan Melayu jadi saya rasa macam rugi jika saya tidak pautkan, bukan hanya untuk mudahkan pencarian pelajar tetapi yang lebih penting supaya saya tak perlu mencari lagi bila memerlukannya kerana ia telah tersedia dipautkan di sini.

    Tapi sebab Azhar dah komen ni saya mesti berusaha mengubahnya. Azhar jangan risau, saya tak terguris malah luka lama yang ada terasa kian sembuh dengan adanya komen membina dari Azhar dan Salina ni. Adat menuntut ilmu begitulah, perlu terima kritikan dengan terbuka. Jika tiada kritik/komen kita jadi macam “syok sendiri”, tiada penilaian formatif/sumatif maka ilmu kita akan sentiasa di takuk lama tanpa pembaikan.

    Kesilapan penggunaan singkatan tu insyaAllah saya akan lebih teliti lagi terutamanya dalam kategori Kursus Kejurulatihan Komputer. (Kategori yang lain seperti penambah rasa dan kosmetik untuk menghalusi apa yang zahir).

    Pengasingan bahasa pula insyaAllah saya akan cuba buat sedaya upaya tetapi dalam masa terdekat ini saya akan cuba kekalkan penulisan bahasa Melayu dalam blog ini. Pautan bahasa Inggeris pula mungkin saya tukar nama pada antaramuka disini kepada bahasa Melayu dan isinya masih tertakluk pada yang empunya blog/web dalam bahasa asalnya. Apa kata kalau begitu? Mohon jika berkesempatan dapat terus membantu saya memberi komen terutamanya dari aspek bahasa (menurut pengukuran MICA – MI test yg kita gunakan dalam kelas APK dulu, memang kecerdasan bahasa saya kureng sikit..lebih terdominasi ke logikal dan intrapersonal).

    Jazakumullahukhairan kathira. Moga Allah memberkati kalian yang sudi membantu. Amin.

    Buat Salina,

    Terima kasih kerana sedari dulu sampai sekarang sentiasa memberi saya semangat. Inilah salah satu faktor utama mengapa saya seronok belajar dan mengajar kerana saya bukan saja berkongsi ilmu malah dapat meluaskan rangkaian dengan pakar-pakar bahasa dan pentadbir yang merupakan bekas pelajar saya seperti Salina dan Azhar; sudi berkongsi apa yang ada malah dapat memberi komen yang membina dari kaca mata bahasa dan pentadbiran. Moga Allah kurniakan ilmu yang lebih meluas dan bermanfaat buat kalian berdua yang telah sudi meluangkan masa untuk saya.

    Salina, tentang komen, “tetapi perlu penyusunan yang lebih sistematik lagi dan maklumat-maklumat yang boleh dicapai”; jika tak keberatan mohon perincikan lagi boleh tak? Adakah maksud Salina penyusunan kategori penulisan refleksi kendiri dan pautan ke bahagian lain? Kalau itu, memang pada mulanya saya juga agak keliru tetapi kini jelas sedikit perbezaannya cuma saya masih memikirkan cara yang lebih jelas untuk memperlihatkan perbezaan antara keduanya.

  4. Fariza says:

    Salam ‘alaiki,

    Kak, terima kasih atas undangan, really appreciate it.

    Beberapa jam pertemuan kita tadi rasanya masih melekat di hati🙂 dan menyuntik momentum dalam diri saya untuk jadi lebih proaktif dan terima kasih lagi sekali atas ruang yang diberi, InsyaAllah tidak dipersiakan.

    Walaupun dah menjenguk blog akak yang cantik ni, belum sempat membelek ke akar umbi, maka tiadalah mampu memberi refleksi lagi. InsyaAllah ada runag yang lebih nanti saya jenguk lagi .. dan usai mentelaah, setakat mampu saya akan turunkan di ruang komen nanti ..

    Assalamualaikum!

  5. Cikgu says:

    Waalaikummussalam wbt. ya ustazah,
    Suka mengimbau kembali senyum manismu,
    Mengingati kisah mereka yang tak perlu,
    menepati waktu itu.

    Ayuh,
    Cepat ikuti arus momentum itu,
    Diri ini turut terpanggil oleh semangatmu,
    Kini tergantung kembali kanvas biruku.

    Sahabat, terima kasih,
    Ingatkah lagi kisahku tersungkur 3 kali?
    Tanpa kau sedari dirimu memapah,
    Aku kian sembuh,
    Kini kukembali,
    Melakar rindu dengan pena ketikan Dellku lagi.

    Syukur ya Ilahi,
    atas segala nikmatmu,
    Dini tadi kutemu sebuah inspirasi,
    Tatkala melihat wajah ceriamu.

    Takku sangka suram pagi,
    Melepasi mujahid kecilku,
    Terobat dengan ceria wajah dan semangatmu,
    Doakan moga mujahid kecil yang kurindu,
    Dipelihara Allah dari segala mara bahaya.

    Amin.

  6. norra says:

    hi Puan,
    saya dah layar kali kedua website puan ni dan inilah kali kali pertama saya berkesempatan untuk memberi komen. pertama kali bila saya layari secara sepintas lalu terlintas di hati saya wow banyaknya informasi di sini. saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pembangunan insan, maklumlah topik tersebut merupakan `the in thing` dewasa ni…tapi sesebuah blog yang mengandungi nukilan peribadi, informasi pengajaran pembelajaran, ruang agama…adalah terlalu banyak untuk diserap dalam satu masa yang sama…mungkin puan cuba berfikir luar dari kotak…saya percaya jauh di sudut sana pasti ada jawapannya…walau bagaimana pun syabas…saya tersentuh bila membaca puisi `why i like teaching` but if you ask me why i like teaching i would answer because i can be a king in my would little kingdom heheheh

  7. norra says:

    correction
    *my own little kingdom…..😉

  8. Cikgu says:

    Dear Norra,

    Thanks a lot for the comment. Appreciate it very much. Macam e-Bincang kita dulu, pelantar ini bukanlah “the” “really3 formal” course website…jika Norra baca apa yang tersirat dalam “why i love teaching” tu, Norra mungkin faham the very3 real reason mengapa blog/website ini diwujudkan.

    Ia lebih untuk mewujudkan pelantar komunikasi kerana saya ini, Norra pun tahu tak pandai bermain kata2 secara face-to-face tetapi bila menulis banyak pula ceritanya, kerana banyak masa boleh reflect dan berfikir sebelum berkata2.

    Kadangkala ada yang ingin saya sampaikan tetapi saya suka berfikir2 dan akhirnya saya tak sampaikan juga hasrat di hati masa dalam kuliah. Dengan adanya pelantar ini, kalau student tak nak dengar pun rasa puas la jugak dapat curahkan ke kanvas biru ini.

    Wallahualam. Apa pun gembira dapat menyambung kembali ukhuwah yang terputus selepas Norra serah tesis Jepun tu…he he ingat lagi tak nak ngajar saya bahasa Jepun? Harapnya ikatan ini akan lebih kukuh lagi.

    Nanti Norra isikan URL web Jepun tu jika Norra sempat beri follow-up comment; senang2 saya belajar sendiri…bila nama Norra terpapar kat komen tu ia akan berpaut untuk memudahkan saya ke URL yg Norra specify.

    Hu hu…ini kalau Azhar baca, tak senang duduk dia saya berbahasa rojak…just cant help my self when talking to you, insyaAllah next time i’ll be a good teacher.

    Norra juga tahu saya memang selalu berfikir dan bertindak di luar kotak. Entahlah mengapakah begitu? Sebab tu juga mungkin tak ramai yang ikut mazhab saya ni. Tapi komen Norra tu betul. Banyak sangat tapi insyaAllah saya tak buang cuma saya akan reorganize supaya tak nampak macam banyak sangat especially yang tak berkaitan.

    Apapun, tesis saya ini adalah tesis untuk kajian multidisiplin yang menggabungkan bidang knowledge management (for an instructional system) dengan pembangunan insan dan teknologi pendidikan. Saya rasa yang itu tak lari. Agama tu termasuk salah satu cabang pembangunan insan in fact the very most important, i should add.

    Oleh kerana salah satu dari pautan yang student perlu ada dalam e-portfolio mereka ialah pautan peribadi/hobi makanya saya fikir saya juga boleh ada yg peribadi…tempat saya buat ujian air (ha ha betulkah itu? terjemahan untuk testing the water for anything and everything that crosses my mind?).

    …and i can be the Queen in my own little kingdom, i like that!

  9. Bahalu / Shree says:

    Puan,

    Saya telah melayari web site puan. Banyak maklumat telah di berikan. Memang menarik. Tetapi terlalu banyak maklumat boleh mengelirukan. Susunan maklumat mengikut kepentingan akan menyenangkan para pembaca. Walaubagaimanapun it is realy interesting and welcoming. congratulations.

  10. Cikgu says:

    Dear Bahalu & Shree,

    Terima kasih kerana sudi melayari dan memberi komen ikhlas mengenai web untuk pendidikan komputer ini. Daripada beberapa responden yang ada ini iaitu Azhar, Sabariah, Fariza, Norra, Salina, Bahalu dan Shree saya dapat membina satu tema penting iaitu “walaupun maklumat yang banyak dalam blog ini penting/menarik, terlalu banyak maklumat itu juga mengelirukan”.

    Justeru ia perlu dikategorikan atau disusun dengan lebih sistematik mengikut kepentingan.

    Untuk pengetahuan Bahalu dan Shree, susunan pada tarikh 2008 ini merupakan yang terkini yang telah saya rombak selepas komen yg hampir sama dari Azhar, Salina, Fariza, Sabariah dan Norra. Berdasarkan komen Shree dan Bahalu ini, saya membuat kesimpulan bahawa pengorganisasian semula maklumat berdasarkan kepentingannya belum begitu berjaya.

    Jadi, saya mengambil keputusan akan membuang terus entri2 di bawah kategori bukan APK iaitu kategori 6) Meniti Ilmu, 7) Monolog dan 8) Syair & Puisi. Selain itu saya akan menerangkan juga penyusunan maklumat mengikut kategori dalam laman (page) yang bertajuk Awal Kalam.

    Saya perlukan beberapa hari untuk mewujudkan satu blog peribadi untuk memindahkan entri-entri beserta kategori-kategorinya itu. Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga atas kesudian menjadi responden saya secara langsung mahupun tidak langsung dengan memberi komen membina ini. Semoga pengajian anda juga dipermudahkan.

  11. Salina says:

    Salam Maal Hijrah buat Kak Rosni, family & semua yang melayari blog ini …

    Hmm….:-) …Nothing much to say …but this is what i mean before …lebih tersusun dan sistematik …cuma tak tahu nak beri gambaran yang lebih spesifik pada akak masa tu …

    Much better & really good job …Keep it up!! …Chayo! ..Chayo!

  12. Cikgu says:

    Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih tidak terhingga atas masa yang Salina luangkan untuk memberi komen.

    Walaupun telah cuba sedaya upaya mengubah mengikut komen dan cadangan yang diberi tetapi terasa banyak lagi yang belum tertunai.

    Sedikit sebanyak komen Salina ini dapat memberi ruang bernafas dengan rasa sedikit kelegaan kerana masa amat sedikit dan kini telah tiba masanya untuk menyiapkan kerja2 akhir melengkapkan instrumen dan bahan latihan untuk memulakan pengumpulan data yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan November 2007 dahulu, doakan semoga dipermudahkan segala urusan.

    Akhir kata jazakillahukhairan kathira.

    Wahaiyiklanaminamrinarasyada.

    Jika dapat saya luangkan masa, 3 kategori yang tidak terkait terus dengan APK akan saya hapuskan. Jika tidak saya tinggalkan dulu cuma mungkin saya tidak akan masukkan posting baru lagi bagi kategori tersebut, apa pendapat Salina atau yang lain-lain?

  13. Salina says:

    i think u should leave it first … kalau ada masa boleh diperkemaskan lagi. Maybe, boleh wujudkan satu kolum yang lain yang lebih sesuai (cth: Cetusan Minda) utk ketiga-tiga kategori tu dan ditambah dgn kategori2 lain yang seumpama dengannya.

    Maybe you can allow others to contribute something to your blog. Then, I think i want to contribute one module at Pengkomputeran Section. Can I?..🙂

  14. Cikgu says:

    Oh ya, tentu sekali. Saya akan set Salina sebagai penyumbang/penulis bagi membolehkan Salina bukan sahaja menyumbang pautan di bahagian perkomputeran malah boleh juga menghantar posting berupa catatan/refleksi/penulisan lain berkaitan perkomputeran ini dalam kategori meniti ilmu atau kategori lain yang dirasakan sesuai dengan bidang perkomputeran itu.

    Sehubungan itu, Salina boleh mewar-warkan pelantar ini sekiranya ilmu dan wacana yang dicakupi sesuai untuk pelajar-pelajar Salina sendiri. Terima kasih, semoga usaha kecil kita dapat dimanfaatkan oleh eKomuniti pendidik dan jurulatih juga pelajar bidang komputer atau yang berkaitan.

    Jazakillahukhairan kathira.

  15. hakim says:

    assalamualaikum..sujud syukur saya kerana selama ini saya mencari tali ‘silaturrahim’ yang entah di mana, hari ini saya telah diberi Allah kesempatan dalam dunia pendidik.mungkin saya telah ‘ditinggalkan tamadun’..

  16. Cikgu says:

    Pendidik setabah Hakim mana mungkin ditinggalkan tamadun. Sedari mula projek eKomuniti Pendidikan Komputer ini dimulakan, saya banyak berpandukan pengalaman bersama membangunkan tamadun di eBincang; tidak mungkin saya lupakan saranan, cadangan, buah fikiran serta kata-kata hikmah penuh motivasi yang dilontarkan Hakim dalam setiap posting dan komen di eBincang dulu.

    Harapan saya moga pelantar ini, yang saya kira jauh lebih mantap dari eBincang menggunakan WebBoard dapat membuka lembaran baru buat kita membina sebuah lagi tamadun yang dapat membuahkan ilmu yang bermanfaat. Amin ya rabbal alamin.

    Salam rindu buat Ha dan baby.

  17. hakim says:

    alhamdulillah, semoga kita mendapat rahmat Allah.Allah telah menganugerahi rezeki yg tidak disangka-sangka kepada saya.niat asal saya perpindah kerja ke Besut Terengganu adalah untuk menjaga bapa mertua saya yang keseorangnya setelah ‘kekasih’ hatinya dijemput Allah S.W.T. Niat baik Allah telah balas dan saya bersyukur sekali. kalau dahulu saya mengajar dan mendidik pelajar berhingus dan remaja, tapi sekarang saya di amanahkan mendidik guru pelatih bagaimana menjadi guru. semoga Allah memberi kekuatan dan doa kalian sangat diharapkan.saya sangat mengharapkan buah fikiran pn.ros, kalian semua. cuma..saya bimbang, sesuaikah pelantar ini saya lontarkan segalanya…

  18. Cikgu says:

    Tahniah, Tuhan Maha Adil lagi Maha Tahu. InsyaAllah selagi wacana kita terkait dengan pembangunan manusia melalui pendidikan komputer serta dapat menyumbang kepada koleksi buah fikiran berupa ilmu bermanfaat, bukan sekadar boleh malah diharap2kan.

    Sementelah saya telah ‘set’ kan Hakim dan Salina sebagai penyumbang maka jika tiada posting saya berkaitan dengan apa yang terbuku di hati dan benak fikiran Hakim maka Hakim boleh kemukakan topik/posting baru. Tidak mengapa jika pada mulanya pelajar2 semasa seperti tak nampak jalan masuk; kerana mungkin cohort lama akan ada yang terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan harapnya nanti ada pelajar baru yang dapat juga bersama-sama membina khazanah ilmu dan membina komuniti pendidikan khususnya pendidikan komputer dan teknologi maklumat.

    Apapun, syukur ke hadrat ilahi yang telah menyahut dan memperkenankan saya mencari dan membina semula astaka buat butir-butir mutiara yang hilang hampir 2 tahun! Jazakumullahukhairan kathira.

  19. hakim says:

    Telah seminggu kami menerima guru pelatih KPLI dari seluruh negara di institut perguruan sultan mizan Terengganu.Berbagai azam dan karenah masing-masing.Ada yang telah menjadi kontraktor, jurutera,Perunding Hiasan dalaman, ibu, ayah dan berbagai lagi.namun..saya sering terus nasihat…betulkan niat untuk menjadi pendidik. Cabaran sangat banyak,dugaan,rintangan dan kesusahan.Kelas telah bermula, namun saya hairan bagaimana lulusan universiti ini tidak mahir dalam TMK, adakah silap sistem, pensyarah, guru, dan individu sendiri.Sebilangan KPLI tidak boleh berdikari.Adilkah saya menilai mereka?

  20. Cikgu says:

    Pada pendapat saya berdasarkan pengalaman yang sedikit cuma, bukan salah sistem kerana walau apa pun niat kerajaan dengan mega projek MSC, USP segala, peluang tersedia cuma kita tidak memanfaatkan sepenuhnya.

    Baru-baru ini saya menghadiri satu perbincangan antara ahli akademik di mana salah seorang dari mereka berkata bahawa resolusi tahun baru beliau adalah untuk mengurangkan komunikasi dengan pelajar agar dapat memberi tumpuan terhadap penulisan, penyelidikan dan lain-lain perkara yang dapat membantu memajukan kerjaya beliau. Pastinya pihak pentadbir mengecam tindakan/resolusi beliau kerana pelajar adalah pelanggan kita, tanpa pelajar dimanalah kita…lebihkurang begitu la bunyinya.

    Kata pentadbir atasan itu, sepatutnya ahli akademik itu menyarankan pihak pentadbir agar mengambilkira peranan ahli akademik yang banyak melibatkan masa untuk membantu pembentukan sahsiah pelajar ini sebagai satu kriteria dalam penilaian tahunan atau yang seumpamanya. Saya pula berfikir, jika saya tidak membina rangkaian sosial @ ukhuwah dengan pelajar-pelajar saya maka saya tidak ada rasa cinta untuk menunaikan tanggungjawab terhadap tugas ini. Tanpa cinta segalanya terasa hambar.

    Allah kata jika kita bersungguh-sungguh niat melaksanakan tanggungjawab hanya keranaNya, untuk mendapat redhoNya, pasti dia akan menjaga rezeki kita tetapi jika kita bersungguh-sungguh mengejar rezeki tak kira siapa yang kita abaikan malah sanggup pula memijak dan menikam maka Allah serahkan masa depan dan rezeki mereka kepada manusia yang menentukannya. Wallahualam.

    Berbalik kepada masalah KPLI yang tidak berapa nak berdikari itu. Saya kira jika mereka ada rasa cinta untuk belajar dan seterusnya mengajar pasti sifat berdikari itu akan datang dengan tindakan pro-aktif untuk memajukan diri, baitul muslim mereka sendiri seterusnya dengan cita-cita untuk sama-sama membina ummah madani. Wallahualam. Yang baik itu dari al-haq, segala kesilapan dari kedhoifan diri saya sendiri.

  21. mazlan66 says:

    Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana Dia telah mengizinkan kita berhubung dalam media interaktif ini walau di mana sahaja. jauh ataupun dekat. Mudah-mudahan kita dapat berinteraksi dengan lebih ceria dan mampu berkongsi maklumat mahupun komen2 yang membina. Insya Allah.

    Sebenarnya saya baharu sahaja mengenali blogweb yang menggunakan pengantar WordPress ini setelah saya mendapat kiriman email dari Cikgu (eBincang). Tercetus di hati saya untuk memcipta satu blogweb sendiri, lantaran saya berusaha belajar sendiri dari tutorial WP yang ada dan “try n error” tanpa jemu. Bukannya mudah untuk menghasilkan suatu blogweb yang menarik, malah memerlukan masa yang panjang untuk mengeditnya supaya lebih menarik dan terkini (update).

    Berkat kesungguhan dan kesabaran, saya telah dapat menghasilkan blogweb sendiri sekadar yang termampu dan saya sedar masih terdapat kepincangan yang terselit dalam blogweb saya itu. Sama-samalah Cikgu dan pembaca lain memberi komen. = http://mazlan66.wordpress.com

    Terima kasih kepada Cikgu yang telah memperkenalkan blogweb WordPress ini, walaupun terdapat banyak blogweb yang lain, namun setakat ini yang pastinya saya lebih selesa menggunakan WP ini. Saya kira pengguna di Indonesia lebih cenderung menggunakan WP daripada pengguna Malaysia.

  22. Cikgu says:

    Sejak pagi tadi lagi saya melayari laman blog Mazlan. Saya terkedu. Mazlan kira-kiranya antara beberapa orang yang cekal. Sedikit cuma usaha saya dalam memperkenalkan WordPress. Lantas dalam sekelip mata Mazlan terus menghasilkan laman blog yang jauh lebih canggih dari saya sendiri.

    Sebelum dari itu saya pernah memberi tutorial ringkas yang hanya mengambil masa dalam 10 minit kepada Faisal pada bulan Feb 2007. Hasilnya bukan sekadar lebih canggih malah saya kini banyak merujuk kepadanya mengenai fitur-fitur tertentu terutamanya yang baru diperkenalkan oleh WordPress. Blog Faisal boleh dilihat dalam catatan seorang pengemis.

    Dalam bulan Julai 2007 juga saya pernah melontarkan idea dalam perbincangan yang memakan masa kira-kira 10 minit mengenai penggunaan blog untuk pembelajaran secara berkumpulan kepada seorang mahasiswi di Universiti Adelaide semasa saya menghadiri persidangan HERDSA disana. Hasilnya perbincangan tersebut diaplikasikan terus dan boleh dilihat dalam laman blog Jeehaduna.

    Dalam bulan Ogos 2007 pula saya memberi kursus ringkas secara individu kepada Hudaa yang berumur 10 tahun dan hasilnya seperti dalam Ar-Ruhul Jadid. Walaubagaimanapun nampaknya dia hanya aktif masa cuti sekolah. Namun sebagai seorang guru saya tetap bahagia.

    Akhir kata tahniah buat Mazlan. Semoga usaha kita ini dapat dimanfaatkan. Amin ya rabbal alamin. Antara kebahagiaan seorang guru adalah melihat sedikit cuma sumbangannya diaplikasi sebegitu rupa dengan akal dan dada yang lapang untuk menghasilkan ilmu yang bermanfaat. Jazakaallahukhairan kathira.

    Blog Mazlan memperlihatkan kelebihan dari aspek fungsian dan estetika.
    Blog Catatan Seorang Pengemis pula memperlihatkan usaha memperkukuh proses penghayatan ilmu yang diikat dengan penulisan berpelantarkan blog WordPress.
    Blog Jeehaduna memperlihatkan aplikasi teori dalam praktis.
    Blog Ar-Ruhul Jadid memperlihatkan semangat baru seorang anak kecil yang berjaya menjumpai pelantar buat luahan rasa dari hati ke kanvas wordpress melalui tinta ketukan pena papan kekuncinya.
    Allah Maha Besar lagi Maha Esa.

  23. xuanzhuan says:

    this is my first time to get in your blog, dear cikgu. haha… by the way to say sorry that i just begin to give you reply for all your comments to me. boz i am a freshman in this field. i needed time to understand what’s bolg is and tried it’s function as well. i got busy these days, that’s another reason i couldnt reply you.

    i read your journal, i like it. i can feel you really like teaching and you are one of the most resposible cikgu in ukm since i met .

    i still need your advice to help me to improve my blog, make it colour and interesting. thanks a million!

  24. Cikgu says:

    huhu…that should’nt be😉 my dear. But yet I am still glad to hear from you. Among the many-many students in this PKP program I have only received comments from you and Zhang Li. Comments on my blog is not the important thing but I do appreciate it. What I really want to know is your problems so I can help you with the mini project.

    I know this is all new to you and you definitely need tutorial time for this. Hopefully we can find open labs on Monday so I can show you something you need to know. Otherwise, just contact me via my blog. You can also refer to the eTutorial page for tips or go directly to the WordPress Tutorial link for more help.

    Thank you!. I try as much as i can. I know i don’t have very good presentation skills but i really hope you got the message of what I was trying to deliver.

    Yes I love teaching (ha ha …does not mean I like presenting!)…I guess teaching is in my blood. Yesterday, I met a mother at a clinic. She ask me if she could call me Cikgu. I said. “sure, why not, I am a teacher”. She said, ‘ muka kakak macam muka cikgu…(your face looks like a teacher)”..

    …and I still wonder what makes her say so. Come on help my inquiry mind with an answer:

    1. i was sick, maybe it makes me look like a teacher
    2. i was handling my sick kid, maybe it looks like a teacher
    3. only she knows the answer
    4. only God knows
    5. all of the above

    the end.

    Your Teacher,
    Rosseni Din

  25. diana says:

    salam..
    selamat hari guru..
    semoga Allah berkati hidup setiap insan bergelar guru..
    ameen.

  26. nUr fAzLeeN says:

    Salam alaik.
    SELAMAT HARI GURU😉

  27. mastura87 says:

    salam…CIKGU
    HePi TeaCHeR’s DaY(^_~)!!!

  28. Cikgu says:

    Diana, Fazleen dan mas,
    Terima Kasih dan selamat hari guru juga buat semua.

  29. margomagnum says:

    Hi Rosseni,

    This is Lela. Kz forwarded the link to me over FB. As I was saying it merits a serious consideration. You are what you are and must strive to perfection.

    However in the same token, do not forget to be at peace with your self if failure awaits you. It is only a precursor to spectacular success in the future, if only you truly believe.

    Love

    Lela

  30. Norleen says:

    Assalamualaikum wbt.

    Cikgu,

    Pertama sekali Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat cikgu yang sangat saya sayangi dan rindui. Terima kasih yang tidak terhingga kerana cikgu adalah orang yang pertama sekali membuka hati ini untuk meminati bidang IT dan seterusnya menjadi bidang pekerjaan saya pada hari ini.
    Terima kasih juga kerana masih mengingati saya dan saya juga tidak menyangka saya merupakan salah seorang yang menjadi pendorong untuk cikgu terus menjadi pendidik.

    Terus terang saya katakan cikgu bukan setakat semata-mata bernama cikgu, tetapi lebih kepada seorang ibu mendidik dan membimbing anak dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab sehingga berjaya.

    Cikgu sentiasa di hati ini dan saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan cikgu sekeluarga.

    Salam sayang dan peluk cium untuk cikgu dari saya di Melaka

    -Norleen-

  31. UmmI says:

    Norleen dear, when I wrote it, i never thought one day u will be reading it because I had lost contact with your batch (Shah, Hafiz etc.) and izwan’s at that time. I was only in contact with Aida Ali who married her senior Shafful from Izwan’s batch and now only I am back in contact (once in a blue moon) with Shah and Nazri and of course Aida and Shafful. Thank you for dropping by. You know you will always be close in my heart. I miss u too, so very much.

  32. Hani Zakaria says:

    Assalamualaikum Dr.

    Refleksi Dr. dalam “Why I teach” menyentuh hati dan membuatkan saya mengalirkan air mata . Ia memberi kesedaran kepada saya untuk melihat pendidikan dalam perspektif yang lebih mendalam dalam mencari keredhaannya dalam usia yang sudah hampir di penghujung. Alhamdulillah…

  33. cikgu says:

    Hani, kita sama2 hampir di penghujung jalan. Syukur jika kita dapat liha cahaya di hujung itu namun semakin dekat ke cahaya itu seolah2 semakin payah mencari kekuatan yang seolah2 ditarik tolak. Itulah ujian2 yg semakin mencabar kedewasaan kita, moga kita mampu menuju matlamat memperoleh redhaNya. Amin.

  34. AIDA says:

    salam ummi (bila menulis suka dengan ummi)

    aida di sini…🙂 bila mata sudah bercerita, maka kita tak perlu berkata-kata…

    tapi hari ini, aida amat terasa dengan kata-kata ini,
    “ramai tak menghargai siapa yang mereka ada, mereka mengejar siapa yang mereka suka, bila tiada, sudah terlambat, mereka hilang ‘siapa’ yang menyayangi mereka”

    tak dapat nak lelapkan mata lagi… kalaulah aida terlupa, ummi ingatlah yang aida menyayangi ummi…. walaupun nanti bila aida dah tiada….🙂

  35. Cikgu says:

    we had a good talk yesterday and i feel good about it although it was not over “coffee and donuts😉

    whatever it is dear, i will always remember and love you for what you are no matter what…aida ke dulu takde? if vice versa alfatihah untuk ummi whenever i appear in your mind ya…🙂 thanks for dropping by here, my love to the kids, hubby and the whole clan…

  36. Terrific article! This is the kind of information that
    are meant to be shared around the net. Shame
    on the search engines for no longer positioning this submit higher!

    Come on over and consult with my website . Thanks =)

  37. Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff
    previous to and you’re just extremely magnificent. I actually like what you’ve acquired here, really like
    what you’re stating and the way in which you say it. You make it enjoyable and you still care for to keep it smart. I cant wait to read much more from you. This is really a terrific web site.

  38. Your mode of telling the whole thing in this piece of
    writing is truly nice, all be able to simply
    understand it, Thanks a lot.

  39. What’s up to every , because I am in fact eager of reading this blog’s post to be updated daily.
    It carries good information.

  40. Pingback: About Me and Why I Teach Educational Technology | EDUCATIONAL TECHNOLOGY

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s