Prologue

2006-08-18_144038_manusia_insan_kerdil.gif

This blog originally uses the Malay language for all the interfaces as well as for the main postings (😀 I am a kampung girl and I love the language).  But now that I am teaching the English group I guess I should also change all the interfaces to English. I won’t delete whatever I have written in Malay though and I may continue doing my own things like the monolog category in my mother-tongue language (my bahasa ibunda).

Till then, enjoy reading and do give me any feedback on just about anything.  I would greatly appreciate it.

Rosseni

Blog ini diwujudkan  untuk memudahcara proses refleksi dan kolaborasi di kalangan pendidik dan pelajar secara umum dan khusus bagi mereka dalam bidang komputer dan teknologi pendidikan.  Konsep keterbukaan yang dicerminkan adalah selaras dengan sifat multi-disiplin serta pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang cuba diketengahkan.  Penulis berhasrat memanfaatkan blog ini sebagai wadah bagi memudahcara perkembangan professionalisme pendidik dan jurulatih dalam bidang pendidikan, perkomputeran dan pembangunan manusia yang seringkali perlu ingat mengingati dalam kesibukan menyelusuri ruang waktu mengutip pelbagai ilmu melaksanakan kewajipan hakiki.


ilmu-itu-kunci-kejayaan.jpg
Dalam waktu yang sama, guru/jurulatih/pengajar diharapkan berpeluang mendapatkan maklumbalas daripada pelajar, peserta kursus atau ahli komuniti ini hasil refleksi bersama. Kebarangkalian untuk mendapatkan komen atau maklumbalas ini dalam ruang lingkup pembelajaran dalam kelas secara tradisi amat terhad.  Bukan hanya waktu yang membataskannya tetapi juga keadaan atau situasi, persekitaran dan personaliti atau gaya belajar pelbagai individu yang terlibat turut memainkan peranan berbeza.

cover-ctd-handbook.jpg
ctd-course-outline-ppadoc.pdf

Oleh kerana blog ini hanyalah sebuah alat refleksi maka tidak semua sumber pembelajaran dilampirkan disini.  Dua sumber penting dalam bentuk eBuku iaitu eBuku Panduan Kursus Kejurulatihan Komputer yang diberi tajuk umum bagi kursus formal dalam bahasa Inggerisnya sebagai Instruction  telah dimuatkan ke dalam Box.net iaitu salah satu widget dalam blog ini bagi memudahkan mereka yang tiada sambungan jalurlebar memuatturun dan seterusnya membaca bahan tersebut secara luar talian.

Seterusnya, eBuku Teks Asas Kejurulatihan Komputer, eBuku Pembelajaran Maya di UKM, dan beberapa eBuku bacaan tambahan (eModul Integrasi ICT dalam Sains) untuk guru-guru Sains Tingkatan 1  yang berminat mengintegrasikan ICT dalam pembelajaran Sains menggunakan bahasa Inggeris akan turut dimuatkan dalam Box.net ini. Anda boleh juga mendapatkan sumber pembelajaran yang lainnya dengan  memasuki LMS kursus di LearningCare melalui portfolio Asas Pendidikan Komputer. (InsyaAllah  bahan-bahan ini nanti boleh dicapai dari pelantar baru dalam Moodle yang sedang cuba diusahakan sebagai LMS kursus yang baru; URLnya akan diberitahu kelak apabila proses migrasi selesai dilaksanakan).

Semampu mungkin, penulis berusaha mengarkib dan memautkan pelbagai ilmu dan maklumat yang terkait dalam bidang ini.  Selain penulisan atau pautan berkaitan ilmu-ilmu perkomputeran, grafik dan multimedia, blog ini juga memuatkan maklumat berkaitan pembangunan manusia, pendidikan dan isu-isu berkaitan dunia akademik secara umum dan ilmu-ilmu berkaitan penyelidikan dan metodologi.  Blog ini juga memuatkan karya serta cetusan rasa dan pendapat hasil refleksi pengalaman penulis dalam menyelusuri alur dan meniti ilmu yang dirasakan dapat mewujudkan keterkaitan dalam rangkaian sosial komuniti  yang dibina bersama. Hasil karya ini merupakan maklumat sampingan yang dikutip dan diolah hasil refleksi semasa.

Walaubagaimanapun, berdasarkan penilaian formatif pertama dan kedua, satu tema penting mengenai “maklumat terlalu banyak, boleh mengelirukan walaupun penting/menarik” telah dikenalpasti.  Justeru, penulis telah memperuntukkan beberapa minggu untuk menghapuskan entri-entri yang bukan dalam kategori APK iaitu meniti ilmu, monolog serta puisi dan syair. Walaubagaimanapun, ada pula cadangan untuk mengekalkannya sebagai wadah untuk lebih mengenali hati budi dan fikrah sang guru sebagai manusia biasa agar ada simpulan hati wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kursus dan seterusnya untuk melestarikan ilmu sepanjang hayat.  Selari itu, saya baru menerima komen dari Salina mengatakan pembaikan yang dibuat itu kira-kiranya tepat dengan apa yang cuba disarankan olehnya.

Maka itu, saya membuat reklesi, analisis dan sintesis berdasarkan beberapa faktor dari pelbagai perspektif.  Makanya, buat masa ini saya mengekalkan dahulu kategori yang ada dengan mengubahsuai antara muka agar tampak lebih ringkas dan mudah. Blog ini terbahagi kepada 3 lajur.  Laman utama di tengah-tengah dimuatkan dengan posting catatan/refleksi semasa oleh penulis dengan komen-komen serta pendapat pembaca yang lain.  Lajur kiri menyenaraikan widget atau aksesori yang dipilih, di reka dan diatur letak untuk kemudahan capaian mengikut citarasa pembaca.  Lajur kanan memuatkan pautan-pautan berkaitan yang disenaraikan mengikut kategori tertentu.Akhir kalam, diharapkan blog pendidikan komputer ini dapat dimanfaatkan oleh peserta kursus bukan hanya semasa kursus tetapi juga sebagai wadah pendidikan sepanjang hayat.

Laa ilaha illa anta ya Rabb, tsabbit qulubana ‘ala deenik, wahaiyiklana minamrinarasyada.  Amin ya rabbal alamin.

Salam hormat,

Rosseni Din

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s