Kaedah dan Sumber P&P

Bismillahirrahmanirrahim. 

Salam hormat pada yang membaca,

Suka saya nyatakan disini bahawa blog ini merupakan wadah pengantar untuk pengajaran dan pembelajaran saya dan mereka yang terlibat samada secara langsung (melalui pendaftaran kursus di UKM, PSPN, PKG, Pusat Komputer atau yang seumpamanya) mahupun secara tidak langsung (siapa sahaja yang berminat menyertai komuniti ini untuk membangunkan diri insyaAllah dalam bidang multi-disiplin seperti yang saya nyatakan dalam posting yang lepas).  Walaupun saya telah menggunakan beberapa jenis pelantar ePembelajaran sebelum ini termasuk mem”blog” di Yahoo360 secara cuba-jaya, namun dengan WordPress saya baru saja mula berjinak2 dengannya sejak seminggu dua ini (walaupun telah mendaftar blog ini sejak awal tahun 2007).  Terima Kasih kepada mereka yang telah berkongsi ilmu dengan saya terutamanya anakanda Faisal yang tak pernah jemu menjawab soalan dan kemusykilan saya dengan penuh dedikasi, tekun dan sabar baik secara bersemuka mahupun melalui YM (dibaca=Yahoo Messenger).   Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan rahmat sumber yang diberi untuk memudahkan pencarian ilmu ini.

Justeru itu, saya amat mengharapkan komen dan cadangan dari pembaca budiman agar sudi kiranya meluangkan sedikit masa untuk membantu saya menjadikan blog ini sebagai wahana pengajaran pembelajaran untuk ilmu yang bermanfaat.  Komen yang saya harapkan bukan sekadar dari aspek reka bentuk, reka letak, penggunaan widget dan alatan wordpress tetapi juga amat saya harapkan komen dan cadangan dari aspek ilmu itu sendiri terutamanya kaedah/pedagogi serta penggunaan bahasa (kerana saya bukan orang bahasa, first degree computer science kini mula menceburkan diri dalam bidang computer education – saya dah tak dapat kejar teknologi dalam bidang computer science per se, jadi saya kini menjurus kepada subbidang Computer Education yakni Pendidikan Komputer yang merupakan satu bidang multi-disiplin merangkumi sub-bidang Pendidikan, Komputer dan Pembangunan Manusia).  Ini merupakan strategi bagi membolehkan saya memperoleh masa untuk BELAJAR ilmu dan teknologi baru yang diperlukan untuk berkongsi ilmu bersama pelajar2 atau peserta kursus Kejurulatihan Komputer yang merupakan guru-guru Teknologi Maklumat dan jurulatih komputer serta guru-guru dan bakal guru yang mengajar Komputer Dalam Pendidikan, Grafik Berkomputer, Multimedia dan yang seumpamanya.

Pada masa ini saya memperuntukkan Julai-Oktober untuk membina rangka kursus seterusnya mereka bentuk, membina dan memasukkan bahan-bahan pengajaran serta kurikulum dan struktur kursus kejurulatihan komputer.  Namun demikian, saya buka juga blog ini kepada mereka yang sudi menjadi “expert reviewer” dan “end-user evaluator” untuk proses pembaikan dan pemurnian sebelum saya mula secara formal menggunakan blog ini untuk kursus pada bulan Disember 2007 kelak dgn izinNya jua.  Dalam pada itu, sekali sekala saya akan membuat posting dalam bentuk refleksi mahupun cetusan idea mengenai mana-mana sub-bidang multi-disiplin yang sedang cuba saya dalami.

Untuk mengakhiri cetusan ini, saya kemukakan satu pautan ini kepada klip video  (Teacher Resources) yang dapat membantu kita, pelajar dan pendidik komputer khususnya memperoleh pelbagai sumber untuk pengajaran dan pembelajaran.  Selain itu, di bawah perenggan ini saya sisipkan juga sebuah klip video yg memperlihatkan betapa kaedah pengajaran ala-pondok yang masih dipraktikkan kini, dahulu kala dan mungkin untuk selamanya di kebanyakan institusi pengajian ilmu-ilmu wahyu, masih relevan dan mampu menarik tumpuan malah dapat menimbulkan zouk (dibaca=getaran dalam hati dan jiwa) seterusnya dapat menyemarakkan semangat untuk meneruskan atau mendalami topik yang dibincangkan.   Seharusnya kaedah ini boleh juga diaplikasikan dalam mana-mana bidang yang lain mengikut topik yang sesuai jika kita kreatif. 

Video ini harus dilihat, didengari dan diamati; pasti anda tidak akan menyesal.  Saya boleh terpaku untuk satu tempoh masa yang panjang juga, berulang-ulang kali menontonnya.  Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru atau penceramah dalam sesi pengajaran-pembelajaran ini saya namakan “noChalk-noTechnology-Just-Talk-n-Passion” (dibaca=no technology yet high touch).  Saksikan moga Allah limpahkan rahmat kpd tuan guru, murid dan kita semua yg mendengarinya.  Amin.  (Tengok, jangan tak tengok… dengar, jangan tak dengar…yang pasti anda tidak akan menyesal…”) 

untuk dgr bahagian seterusnya dari klip video ini klik pada artikel Detik-detik Akhir Kewafatan ..di blog feed PENYUCIAN HATI di lajur sebelah kanan skrin anda dibawah feed Ustaz Hasrizal atau terus ke artikelnya “Detik-detik akhir kewafatan nabi..

This entry was posted in Curriculum and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s