K05SET29 DPLI: KOSA KATA BAHASA ARAB

Bahasa Arab adalah sangat penting untuk dipelajari kerana bukan sahaja ia Bahasa al-Quran malah ia adalah bahasa syurga. Kita harus mempelajarinya bagi memperoleh keredaan Allah dengan usaha belajar dan mengajar. Semurang-kurangnya kita sendiri boleh mengajar jika bukan pun orang lain ahli keluarga kita sendiri dan untuk memudahkan kita belajar dan memahami al-Quran sehingga dapat menyematkan kefahaman al-Quran ke dalam hati kalbu dan jiwa kita.

Bila kita faham al-Quran kita bukan sahaja dapat membacanya dengan mudah malah dapat menghafaz, memahami dengan lebih mendalam, mengkaji sehingga ilmu ini dapat memandu kita ke arah mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Quran dan Sunnah yang sahih sebagaimana yang difahami oleh golongan salaf yang soleh. Usaha kita mendekatkan diri kepada al-Quran yang merupakan mukjizat yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW adalah usaha kita untuk membawa ahli keluarga dan mereka yang hampir dengan kita untuk sama-sama berada di atas jalan yang lurus yang diterangi oleh cahaya al-Quran dan Sunnah. Justeru antara langkah pertama adalah mengenal beberapa kosa kata bahasa Arab seperti dalam video ringkas yang disediakan oleh kumpulan 5 berikut:

About Rosseni

Educational Technology - Akademik Tarbiyyatul Qalbi - Diri Tarbiyyatul Aulad - Keluarga
This entry was posted in Curriculum. Bookmark the permalink.

Leave a comment