GE6663: Rumusan Penilaian dalam Kajian Reka Bentuk & Pembangunan

Rumusan Bab 1 & 2 dari Buku PPSP:
buku rosseni PPSP
Model Sistem Pengajaran atau lebih dikenali dengan ID Model adalah penting dalam pembangunan media pembelajaran.  Model ini menyediakan perancangan dari aspek teori dan strategi untuk proses pembangunan seterusnya.

Model Pembangunan Sistem P&P diperlukan sebagai landasan dan panduan dalam pembinaan media pembelajaran.  Model RekaBangun SPP 1V iaitu singkatan untuk Model Reka Bentuk dan Pembangunan Ssistem Pengajaran dan Pembelajaran Versi Ke-4  merupakan satu model pembangunan sistem yang menggabungkan model ID dan model kejuruteraan sistem bagi menghasilkan media pembelajaran berlandaskan satu sahaja model pembangunan sistem.

Model Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Mengandungi sekurang-kurangnya 3 Fasa iaitu Analisis, Pembangunan dan Penilaian.  Model generik ADDIE mengandungi 5 fasa manakala model gabungan model ID dan kejuruteraan sistem seperti Model SPP IV mengandungi 6 fasa.  PErhatikan bahawa pengujian dan penilaian dilaksanakan secara formatif dalam semua peringkat.

Fokus rumusan ini adalah pada peringkat-peringkat penilaian di akhir Fasa Pembangunan.  Terdapat dua peringkat penilaian (a) penilaian pakar di akhir fasa pembangunan dan (b) penilaian pengguna di akhir fasa penilaian.

Selepas fasa pembangunan, pelbagai ujian dilaksanakan khususnya  ujian pakar.  Antaranya ialah ujian pakar bagi memastikan semua perkara yang dirancang dalam fasa pembangunan dilaksanakan.  Dalam penilaian pakar ini, biasanya satu senarai semak disediakan untuk penilai pakar menilai produk  dari aspek (1) pedagogi, (2) kosmetik (3) teori dan (4) fungsi.

Seterusnya selepas fasa pembangunan, ujian heuristik dilaksanakan oleh penilai pakar dalam bidang pembangunan sistem.  Antara aspek heuristik yang dinilai adalah (1) Status visibiliti sistem (2) Padanan sistem dengan situasi sebenar (3) Keluwesan dan kawalan pengguna (4) Piawaian dan konsistensi (5) Kawalan Ralat (6) Pengecaman (7) Aspek mudah guna (8) Reka bentuk minimalis dan estetika (9) Sokongan pengguna (10) Dokumentasi dan Bantuan Pengguna (11) Interaktiviti (12) Reka Bentuk Mesej (13) Reka Bentuk Pembelajaran (14) Pentaksiran (15) Integrasi Media (16) Sumber Sokongan (17) Alat/pautan Sokongan (18) Pengurusan Pembelajaran (19) Maklum balas dan (20) Kandungan.

Ujian sumatif rintis merupakan ujian kebolehgunaan peringkat pertama yang dilaksanakan di akhir fasa pembangunan sebagai kajian rintis bagi Fasas Pelaksanaan dalam situasi bilik darjah sebenar.  Dalam fasa sumatif rintis atau kebolehgunaan peringkat pertama ini biasanya instrumen untuk Fasa Pelaksanaan sebenar turut dirintis.  Dapatan daripada ujian sumatif rintis atau ujian kebolehgunaan peringkat pertama ini akan menjadi input untuk penambahbaikan sebelum Fasa Pelaksanaan Kajian Penilaian Media Pembelajaran yang sebenar dilaksanakan.  Pada fasa ini, ujian kebolehgunaan peringkat kedua dilaksanakan.  Instrumen penilaian pengguna yang telah dimurnikan selepas penilaian rintis sumatif digunakan dalam fasa penilaian sebenar ini yang dinamakan juga sebagai penilaian sumatif atau penilaian kebolehgunaan.

modelsppiv.PNG

 

This entry was posted in Curriculum. Bookmark the permalink.

One Response to GE6663: Rumusan Penilaian dalam Kajian Reka Bentuk & Pembangunan

  1. jamilah othman says:

    Tq Dr … saya telah mendapat manfaat daripada bahan bacaan di atas. Dr menerangkan kaedah/ langkah – langkah menilai produk pembelajaran agar ia menepati kehendak yang telah ditetapkan dan memenuhi pengguna akhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s