Instructional Design for Teaching & Learning in Higher Education

ID-ppaDate:     28th Jan 2016
Venue:  Bilik Latihan 1, Kolej Kris Mas, UKM
Notes:  PPA-ID-11.6.2016 2

This entry was posted in e-Training. Bookmark the permalink.

32 Responses to Instructional Design for Teaching & Learning in Higher Education

  1. Zulkefli Bin Mansor says:

    Saya menggunakan beberapa teori dalam P&P saya seperti teori Sosial Learning, Behaviorisme,
    Cognitivisme dan Adult Learning. Sesi ini membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai teori-teori pembelajaran yang ada. Pendedahan mengenai konsep POPEYE juga sangat membantu.

    • Rosseni says:

      Alhamdulillah, utk pelajar ukm yg mempunyai budaya tersendiri popeye secara tak langsung menjadi mangkin utk mrk terlibat secara lebih aktif, pada oulanya atas rasa ‘obligasi’ terhadap pensyarah, fasilitator, tutor dan rakan2 sekumpulan ttp akhirnya mrk dgn ikhlas menyumbang atas rasa tanggungjawab dan outcome sampingan yg dioeroleh melalui keterlibatan bersama. Well done Dr. Zul, moga terus cemerlang!

  2. Noratiqah Mohd Ariff says:

    Assalamualaikum PM Dr. Rosseni,

    Bagi tugasan refleksi kursus P&P hari ini, saya berpendapat

    1. Di dalam P&P saya, saya menggunakan:
    i) Teori Pembelajaran – Construktivisme dan Cognitivisme,
    ii) Strategi Pembelajaran – Constructive dan Active, dan
    iii) Pedagogi Pembelajaran – Problem-oriented dan Hybried E-learning.

    2. InsyaAllah pada masa hadapan, saya akan terapkan pedagogi pembelajaran POPEYE yang diterangkan dalam sesi hari ini dalam P&P saya.

    Terima kasih

    Noratiqah Mohd Ariff
    Pusat Pengajian Sains Matematik
    Fakulti Sains dan Teknologi
    Universiti Kebangsaan Malaysia

    • Cikgu UmmI says:

      POPEYE ialah kaedah eklektif yang menggabungkan pelbagai kaedah. Pls feel free to contact me if need any help to implement the method. Tahniah!🙂

  3. Lim Seng Joe says:

    1. Apakah teori, strategi, pedagogi pembelajaran yang diterapkan dalam P&P anda
    Didapati kebanyakan teori, strategi dan pedagogi pembelajaran telahpun diterapkan dalam P&P saya tanpa disedari.
    Teori P&P yang telah diterapkan adalah behaviorisme, cognitivisme and constructivisme. Ini disebabkan oleh suasana atau kebiasaan P&P yang dipraktikkan di Malaysia (classroom approach). Dalam P&P saya, saya membahagikan kuliah saya kepada 3 peringkat, iaitu penerangan, interaktif dan maklum balas. Ketiga-tiga peringkat ini adalah mirip kepada ketiga-tiga teori P&P yang disenaraikan di atas.
    Strategi P&P yang diterapkan adalah active, constructive dan intentional. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, 3 peringkat kuliah saya menyamai ketiga-tiga strategi ini.
    Pedagogi P&P yang diterapkan adalah ketiga-tiga pedagogi, iaitu problem oriented, project based, and hybrid e-learning. Saya banyak memberi situasi atau pengalaman dalam kuliah saya supaya pelajar boleh “nampak” apa yang diajar dan aplikasinya. Selain itu, e-learning banyak diaplikasikan melalui iFolio, facebook dan whatsapp.

    2. Bagaimana maklumat dalam sesi hari ini dapat memberi nilai tambah
    Melalui sesi hari ini, saya dapat mengkategorikan teori, strategi dan pedagogi pengajaran saya. Walaupun perkara ini telah diaplikasikan sebelum ini, tetapi ia adalah berdasarkan kefahaman saya. Dengan adanya pendedahan kepada teori, strategi dan pedagogi ini, saya dapat mengaplikasikannya dengan lebih berkesan.

    • Cikgu UmmI says:

      Tahniah krana telah lama mengaplikasikan apa yang dikongsi bersama; teori, strategi dan pedagogi yang didefinisikan dapat menjadi checklist untuk memantau dan penambahbaik pengajaran dan pembelajaran secara kendiri, well done!

  4. Siti Mistima Maat says:

    Tugasan refleksi.
    1) Apakah teori, strategi, pedagogi pembelajaran yang diterapkan dalam P&P anda?

    Dalam P&P subjek untuk program pendidikan matematik, penggunaan teori konstruktivisme lebih diutamakan. Pelajar perlu membina pengetahuan dalam memahami keperluan menjadi guru matematik.
    Strategi yang digunakan ialah mengenalpasti kepelbagaian pelajar, objektf pembelajaran dan hasil pembelajaran dan keutamaan jenis pengajaran untuk setiap kali PdP berlangsung.

    2) Bagaimanakah kuliah hari ini memberi nilai tambah?
    Saya mendapati ID POPeye sangat menarik untuk diteroka di dalam pengajaran subjek pendidikan matematik.

    Terima kasih atas ilmu yang diberi.

  5. Mohd Khalid Mohamad Nasir says:

    Salam Prof,
    Dalam pembelajaran atas talian, saya mencuba satu model iaitu Community of Inquiry (CoI) model yang digabungkan dengan ADDIE model untuk melihat hubungan pelajar dengan e-instructor. Aspek ‘Teaching Presence’ didapati ada hubungan dengan kepuasan pelajar berlajar secara atas talian samada hybrid atau fully online. Umur pelajar dewasa juga saya harus pertimbangkan jika saya ingin memperbaiki pengajaran online saya supaya lebih kelihatan univesal dan boleh di’flip’kan pada bila-bila masa dan keadaan.

    Saya berminat untuk mendalami lebih lanjut mengenai ID model dan mungkin akan membina satu lagi model ID yang terbaru selepas kursus ini.

    -Mohd Khalid

  6. Rosniza Aznie Hj Che Rose says:

    Assalamualaikum

    Saya menggunakan beberapa pendekatan bagi Kuliah SKAG2053 (Penduduk dan Pembangunan Sumber Manusia)

    Teori: Behaviorist Learning, Cognitive, Constructive, Social Learning
    Strategi: Develop, Design, Analysis, Evaluation
    Pedagogi: Problem Based Oriented, Hibrid

    Kursus ini banyak membantu menambah baik proses P&P dalam kuliah akan datang

    Terima kasih
    Dr. Rosniza Aznie Hj Che Rose
    PPSPP, FSSK, UKM

    • Cikgu UmmI says:

      well done, strategi yang dinyatakan di atas serupa payung kepada pedagogi yang di dalamnya ada teori, dan dalam fasa perlaksanaannya ada pedagogi dan strategi, well done!

  7. Hilwa Abdullah says:

    Assalamualaikum Dr Rosseni,
    Terima kasih di atas pengajaran Dr yang sangat menarik dan memberi manfaat kepada saya.

    1. Saya menggunakan Teori Behaviorism dan Teori Pembelajaran Sosial dalam pengajaran subjek Personaliti. Pendekatan Teori Behaviorism yang digunapakai kepada pelajar-pelajar saya adalah melalui modelling pensyarah, cara penyampaian yang berkesan dan menarik. Bahan pengajaran juga perlu ringkas tetapi padat dengan content, penggunaan warna yang dapat menarik minat dan tumpuan para pelajar di samping pengunaan audio visual yang bersesuaian.

    2. Sesi pada hari ini (11 Jun 2015) sangat memberi manfaat dan nilai tambah kepada cara penyediaan bahan pengajaran saya di masa hadapan supaya pengajaran akan menjadi lebih efektif dan menarik dan dapat memberi satu input yang berkesan kepada pelajar-pelajar saya.

    • Cikgu UmmI says:

      Terima kasih Hilwa, saya juga ingin mempelajari dengan lebih lanjut lagi perihal personaliti. Bolehkah saya ikuti kelas Dr. Hilwa samada secara bersemuka atau dalam talian? 🙂

  8. Chin Kok Yong says:

    1. Teaching and learning process conducted in the faculty of medicine is quite different from the other faculties. It is modular-based and lecturers from all departments are involved in a particular module. The module consists of lectures, problem-based learning (PBL) and laboratory session (if any). Due to time constraint, the lecture is mostly teacher-centered (behaviorism) and the cognitive skills required from the students are to remember and to understand the information. However, the problem-based learning sessions are student-based (constructivism), whereby they are given a case and discuss among themselves how to diagnose a condition and treat a patient. During PBL, the cognitive skills required from the students are applying the knowledge, analysing and evaluating the scenario, and creating hypothesis and solution. In my point of view, the PBL session is an effective way for students to apply their knowledge because they are challenged and have to find solution to the problem. The students will actively find information relevant to the case and relate what they have learnt in real-life situation. The challenge for the lecturer is to ensure everyone in the group is given an equal chance to voice out their opinions.
    2. I will apply cognitive load theory in my teaching to give an overall picture to the students before I begin my lectures. I will also try to blend in some interactive materials in the lectures to retain their attention. During the lectures, I will also challenge the students with some questions to get a glimpse of their understanding of their knowledge.

    Chin Kok Yong, K020835
    Department of Pharmacology, PPUKM

  9. Dr. Harun Baharudin says:

    Tugasan Refleksi 5%

    Harun Baharudin (015437)

    1- Apakah teori, strategi, pedagogi pembelajaran yg diterapkan dalam P&P anda?
    Pendekatan Rasionalis dan fungsionalis merupakan pendekatan yg dominan dalam pengamalan saya. Pendekatan rasionalis ialah pendekatan yang berasaskan teori kognitif iaitu latih tubi minda. Manakala Pendekatan Fungsionalis ialah pendekatan yang berasaskan teori pembelajaran sosial kognitif, iaitu latihan bahasa berasaskan penggunaan sosial.
    2- Sesi kursus ini menambah nilai terhadap fahaman dalam pengajaran saya terutama dalam teori cognitisme iaitu meoptimumkan pendekatan flipee learning dan blended learning.

  10. Suhaila Sepeai says:

    1) Apakah teori, strategi, pedagogi pembelajaran yang diterapkan dalam P&P anda?

    Saya menggunakan model rekabentuk Hannafin & Peck 1988 dalam penyeliaan saya sebagai Felo Penyelidik Institut dalam menyelia projek penyelidikan pelajar pasca-siswazah. Pelajar didedahkan dengan situasi terkini dalam bidang tenaga keterbaharuan di Malaysia secara am, kemudian pelajar akan menelami dengan lebih mendalam dengan memilih satu sahaja sub-bidang dalam Tenaga Keterbaharuan. Kemudian, pelajar akan meneliti masalah terkini yang terdapat dalam bidang kajian khusus yang dipilih. Itu telah merangkum langkah pertama dalam Model Hannafin & Peck. Stelah itu, pelajar mengaplikasi langkah kedua dalam Model Hannafin & Peck iaitu merekabentuk penyelesaian masalah. Dengan itu pelajar akan sekaligus merekabentuk eksperimen yang akan dijalankan dalam penyelesaian masalah itu. Daripada itu, langkah ketiga dan keempat itu pembngunan dan penilaian juga diaplikasikan di mana pelajar akan membnagun, merekabentk eksperimen, dan menganalisis hasil dapatan eksperimen.

    2) Bagaimanakah maklumat dalam sesi hari ini dapat memberi nilai tambah.

    Malumat hari ini memberi input yang sangat berguna kepada saya dalam mepelajari kaitan tingkah laku, sosial dan dan beberapa rekabentuk model pengajaran yang dapat saya aplikasikan dalam P&P saya.

  11. ashrani says:

    Assalamu’alaikum

    Dari segi teori, saya banyak menggunakan behaviorisme (pengajar memberi tahu), kadang-kadang constructivisme (pelajar beri tahu). Mungkin ada elemen beban kognitif (tak banyak benda atas slaid) & teori pembelajaran dewasa. Teori kognitif (taksonomi bloom) telah diterapkan dalam proforma & penaksiran soalan peperiksaan bagi prasiswazah, selain pembelajaran berasaskan hasil (OBE)

    Dari segi strategi, pada pandangan saya ada sebahagian telah diterapkan dalam proforma seperti pelan pengajaran dan penilaian namun boleh diperbaiki dari segi perlaksanaan.

    Dari segi perlaksanaan, saya menerapkan pembelajaran berasaskan masalah (PBL), projek mini, kerja kumpulan, serta perkongsian sesama pelajar dalam kajian kes. Saya rasa penglibatan pelajar boleh dipertingkatkan, namun saya perlu berfikir bagaimana untuk aplikasi dalam kursus teknikal kerana saya mahu pelajar kejuruteraan menguasai teknologi, bukan setakat menjadi pengguna.

    Secara kesimpulannya, banyak yang saya belajar dari sesi ini dan boleh diterapkan dalam pengajaran saya. Terima kasih.

  12. Mohd Adib Ibrahim says:

    1) Apakah teori, strategi, pedagogi pembelajaran yang diterapkan dalam P&P anda?

    Terdapat beberapa teknik pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam P&P saya seperti penggunaan Humanisme Learning Theory dan Sosial Learning Theory. Teori-teori ini boleh diterapkan dalam aspek penyeliaan dan juga pengajaran kepada pelajar-pelajar pascasiswazah. Manakala ID Model merupakan suatu gabungan teori dan strategi yang boleh diterapkan dalam pengajaran pelajar. Dengan adanya video, graphic dalam bentuk multimedia, kandungan isi dalam penmbelajaran boleh menjadikan aspek pengajaran lebih mantap. Penggunaan pedagogi POPEYE, pengajaran berasaskan masalah dan projek boleh digunakan bagi memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah.

    2) Bagaimanakah maklumat dalam sesi hari ini dapat memberi nilai tambah.

    Meskipun term-term ini diketahui pada hari ini, penerapan teknik-teknik ini telah digunakan dan diterima pakai oleh saya sebelum ini. Syukur kepada ke hadrat Ilahi, saya berkesempatan mengetahui term teori-teori dan teknik-teknik yang betul dan ini amat berguna dalam aspek pembelajaran dan pengajaran.

  13. Chong Wei Wen says:

    Teori yang banyak diterapkan dalam P & P saya adalah Cognitive Learning Theory dan Social Learning Theory. Saya rasa pengajaran dalam bidang farmasi menggabungkan kedua-dua behaviorism (di mana lebih kepada pensyarah memberi penerangan melalui sesi kuliah) dan constructivism. Contoh pengajaran berbentuk constructivism, atau student-centred learning, adalah di mana pelajar-pelajar farmasi diberi kes kajian, dan dikehendaki berbincang tentang hasil pembelajaran kes tersebut dari pelbagai aspek farmaseutikal (problem-based learning). Selain itu, P&P melalui video dan multimedia yang lain juga banyak digunakan.

    Sesi tentang Instructional Design ini telah membantu saya dalam memahami tentang pelbagai model dan konsep dalam P&P, termasuk pedagogi POPEYE.

  14. umi says:

    1. Apakah teori, strategi, pedagogi pembelajaran yang diterapkan dalam P&P anda?

    Dalam pengajaran (dan penyeliaan), saya menerapkan teori pembelajaran ‘behaviorisme’, ‘minimalisme’, ‘adult learning, dan ‘connectivism. Strategi pembelajaran yang saya gunakan meliputi ‘intentional’, ‘constructive, ‘cooperative/collaborative’, dan ‘active’. Pedagogi pembelajaran yang dijalankan adalah ‘problem-oriented’, ‘project-based’, hybrid E-Learning’

    2. Bagaimanakah maklumat dalam sesi hari ini dapat memberi nilai tambah
    Dapat menstrukturkan isi pengajaran saya dengan lebih jelas dan bersistem.

  15. Haziyah Hussin says:

    1. Dalam pengajaran dan pembelajaran, saya menerapkan gabungan teori behaviorisme, cognitive, constructivism dan connectivism. Pelajar diberi syarahan, case study untuk dibincangkan dalam kumpulan atau tutorial, di samping diberi peluang menentukan tajuk/permasalahan untuk dianalisis sebagai Esei/tugasan kursus. saya juga memanfaatkan ifolio.

    2. Sesi Instructional design sangat membantu saya khususnya memahami teori-teori P&P dan pelbagai model. Sesi ini juga mendorong saya meneroka peluang mengaplikasikannya dalam pengajian islam.
    terima kasih atas perkongsian ilmu

  16. Jun says:

    Assalamualaikum Dr Rosseni,
    Terima kasih untuk ilmu yang dikongsikan.

    Bidang pendidikan adalah bidang baharu yang baru saya ceburi. Setelah mengikuti kelas ini, saya mendapati bahawa dalam pelaksaan P&P saya cenderung untuk menggabungkan teori behaviorisme, teori pembelajaran konstruktivisme, teori pembelajaran sosial dan sosiokognitif mengikut situasi dan topik. Saya juga cenderung menerapkan ID POPEYE, khususnya dalam penyeliaan pelajar pascasiswazah. Namun, semuanya saya lakukan tanpa mempelajari teori dan pendekatan tersebut terlebih dahulu, sehinggalah saya mengikuti sesi bersama Dr Rosseni.

    Sesi ini membantu saya memahami teori-teori pembelajaran dengan lebih mendalam untuk saya menerapkannya dalam proses P&P yang akan datang.

  17. Cikgu UmmI says:

    Alhamdulillah, saya gembira mendengarnya, semoga apa yang dikongsikan menjadi ilmu yang bermanafaat🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s