Panduan MengIntegrasikan iFolio dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Assalamualaikum wbt.,

Semalam saya telah memberi taklimat E-Pembelajaran kepada pelajar-pelajar baru. Dalam masa 15 minit yang diberi, tidak mungkin pelajar boleh ingat kembali kesemua perkara yang disampaikan dan jika diberi masa yang lebih pun tidak mungkin semua perkara yang ingin disampaikan dapat tekal dalam ingatan mereka sehingga tiba masa yang mereka perlukan maklumat tersebut.  Justeru, saya telah  mencatat nota untuk penggunaan Sistem E-Pembelajaran yang utama di UKM dalam posting semalam bertajuk Taklimat E-Pembelajaran Majlis Sambutan Pelajar Baru FPEND.   Pensyarah boleh menggunakan nota ini untuk pelajar-pelajar mereka yang lain yang tidak hadir dalam taklimat semalam.

Selain itu pelajar dan pensyarah boleh juga merujuk slaid power point yang dilampirkan berikut untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai kemudahan-kemudahan yang ada dalam iFolio dan bagaimana pelajar dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran mereka.

Taklimat iFolio Pelajar Sem 1 Sesi 20122013

InsyaAllah walaupun Prof Amin tidak dapat bersama kita kerana jadualnya yang padat pada bulan ini, bengkel yang dirancang tempohari semasa Taklimat ifolio di Gerbang Minda akan berjalan juga insyaAllah.  Sesi perkongsian maklumat iFolio ini akan dilaksanakan di Makmal Komputer 1 atau 2  pada minggu hadapan (secara tentatif pada hari Rabu 12.9.2012 jam 9am-4pm).  Surat jemputan akan dikeluarkan oleh pihak kedekanan dalam masa terdekat.   Jika berminat mohon hubungi Pn Rusiati Kassim untuk pendaftaran.  Mohon nanti pensyarah terlibat membawa struktur kursus, nota arahan tugasan dan seumpamanya serta imej dan video clip jika ada dan berkenaan.  Saya juga baru dengan ifolio ini tetapi insyaAllah kita cuba sama-sama menyelesaikan masalah ke arah memanfaatkan ePembelajaran untuk P&P pelajar2 kita.

Maklumat lanjut tentang i-folio sila layari juga laman Dr Azmi Penyelaras E-Pembelajaran PP, UKM dan laman i-folio FAQ Dr Ahmad Zamri Penyelaras E-Pembelajaran PPU, UKM.

Salam hormat,

Rosseni Din

This entry was posted in e-Training. Bookmark the permalink.

One Response to Panduan MengIntegrasikan iFolio dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Cikgu says:

    I manage to read some of your reflections on week 1, here’s my comment:

    so far i detect some blogs using different themes than mine with default comment setting that does not allow other to freely comment. Please read this posting to setup comment without moderation https://rosseni.wordpress.com/2012/03/02/ge2153-week-2-2/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s