Penilaian Modul Grafik, Audio dan Video dalam GE2153

Selain aktiviti yang akan dijalankan oleh Cik Mazalah (calon PhD yang merupakan staf akademik Fakulti Pendidikan UKM), satu lagi penilaian penting yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar GE2153 semester ini adalah menilai modul2 atau tajuk2 seperti di atas bagi membolehkan pembaikan dan pembinaan modul baru untuk pelaksanaan kursus di masa-masa hadapan dapat dibuat segera.  Alhamdulillah pelajar PhD saya En. Helmi Norman bersetuju untuk sama2 melaksanakan pembaikan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian PhDnya berkaitan Ubiquotious Learning for Learning 3.0.  Sementara menunggu exam pada 28.4.2011 ini saya mohon kerjasama anda untuk mengisi borang penilaian modul kursus GE2153 yang hanya memerlukan 10 minit dari masa anda yang amat berharga itu.  Sila klik di sini untuk membuat penilaian modul Grafik, Audio & Video bagi GE2153 tersebut.

Kajian En. Helmi ini adalah untuk mengenalpasti masalah modul sedia ada melalui borang penilaian atas talian yang anda klik tadi sekiranya anda belum mengkliknya harap anda berbuat demikian selepas selesai membaca posting ini.  Kerjasama dan penglibatan anda walaupun telah menjangkau minggu ke-13 AMAT dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  Selain penglibatan dalam kelas, kami ada menyediakan cenderahati yang “tidak lah sepertinya” dan akan memberikan token of appreciation tersebut semasa anda mendaftar dalam sesi-sesi pilihan semasa penilaian ICT yang akan dikendalikan oleh Cik Mazalah.  Jumpa anda semua di sana nanti ya!

Selamat menempuh peperiksaan dari saya.  Semoga dengan budi bicara dan keluangan masa yang anda berikan ini Allah akan melimpah-ruahkan lagi rezeki masa untuk anda menelaah dengan penuh khusyuk dan tenang dan diilhamkan dengan jawapan2 yang tepat kepada sasarannya.  Jangan lupa jaga kesihatan, makan makanan yang baik2 (air mineral, kacang, kismis, kurma…🙂 dan last but not least keluarkan peluh setiap hari (pergi jogging 5 lap di stadium UKM malam-malam – cubalah memang best dan pasti jika anda bangun jam 3-6 pagi nanti anda akan nikmati otak yang fresh, kosong dan tenang dan pasti banyak yang dapat masuk dan tekal dalam ingatan dengan izinNya jua, jadi banyak2lah berdoa).  All the best!

This entry was posted in GE2153 Sem 2 2010/2011. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s