Aktiviti Penilaian Menggantikan Aktiviti Minggu Ke-13

Pelajar2 yang bakal menghadapi peperiksaan pada 28.4.11.  Saya telah meletakkan beberapa contoh soalan selain 6 soalan yang telah dibincangkan dalam kelas.  Bagi menggantikan penilaian kursus yang sepatutnya dilaksanakan pada minggu ke-13, mohon beri kerjasama dan bantuan kepada pensyarah UKM yang akan membuat penilaian tentang kemahiran ICT seperti surat beliau yang saya salin-tampalkan semula disini  :

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya adalah salah seorang tenaga pengajar di Fakulti Pendidikan dalam bidang Pendidikan Komputer.  Saya sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Malaysia.  Kajian PhD saya bertajuk ‘PENILAIAN KOMPETENSI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR IPT”.  Maklumat yang diperoleh dalam kajian ini sangat berguna untuk menentukan kesesuaian kandungan kursus-kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak fakulti dengan keperluan pelajar.

Dengan persetujuan Dr Rosseni, saudara/ri telah dipilih sebagai sebahagian daripada responden dalam kajian ini.    Oleh itu saya mohon kerjasama saudara/ri untuk mengisi borang-borang penilaian kompetensi ICT yang akan dilaksanakan di Makmal Komputer 3, Fakulti Pendidikan, UKM pada tarikh-tarikh  dan skedul seperti berikut:

  SESI KAJIAN TARIKH
     
  Sesi 1 25 April 2011 (Isnin)
     
  Sesi 2 26 April 2011 (Selasa)
     
  Sesi 3 29 April 2011 (Jumaat)
     
  Sesi 4 30 April 2011 (Sabtu)

Jadual Pelaksanaan Kajian

Masa

Aktiviti

   
8.15 pagi Penerangan tentang tujuan kajian, jenis-jenis instrumen yang digunakan, tata cara perjalanan kajian dan jaminan kerahsiaan.
   
8.30 pagi Pentaksiran Penggunaan ICT
   
9.15 pagi Minum pagi
   
9.30 pagi Pentaksiran  Kompetensi ICT
   
12.30 tengahari Makan tengah hari.

Kepada mereka yang berminat  menyertai kajian ini, sila nyatakan sesi pilihan anda  berserta maklumat peribadi kepada saya dengan menghantarkan e-mel kepada mazalahahmad@yahoo.com atau mazalah@ukm.my sebelum 22 April 2011 (Jumaat).  Maklumat peribadi yang dikehendaki adalah nama penuh, alamat e-mel dan no. telefon.

This entry was posted in GE2153 Sem 2 2010/2011. Bookmark the permalink.

One Response to Aktiviti Penilaian Menggantikan Aktiviti Minggu Ke-13

  1. Pingback: Penilaian Modul Grafik, Audio dan Video dalam GE2153 | COMPUTER EDUCATION

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s