Laman Tetap Pages di Lajur Kanan dan Pautan PK di Atas

Bismillahirrahmanirrahim.
19790858063628l.jpg

 

Entri ini hanya sekadar ingatan buat diri penulis blog Pendidikan Komputer ini:

3 komen utama untuk tindakan susulan terhadap blog ini (tema2 yang dikutip dari komen2 Fariza, Azhar, Salina dan Norra samada yang tersurat dalam blog ini, melalui emel peribadi mahupun pertemuan indah di tepi Tasik Kejut petang tadi sambil menikmati pisang goreng dengan air suam …aa ‘ahh ya, Fariza, komen tadi…):

1.  Sama juga seperti apa yg diperkatakan oleh Salina dalam emelnya, Fariza suka kalau blogrolls dan categories di lajur kanan itu dipindahkan di penempatan pages pada sempadan bawah banner kerana itu adalah intipati blog PK ini dan selalu diakses terdahulu oleh pelawat baru.

2. Seboleh mungkin tidak dicampur adukkan bahasa Melayu (oo oo jangan marah pak menteri…masih belum biasa dengan istilah bahasa Malaysia) & Inggeris.

3. Norra terasa bagai banyak sangat maklumat yang ada dalam satu blog,..saya rasa maklumat yang ada semuanya berkaitan dengan bidang multidisiplin saya ini iaitu knowledge management merentasi pembangunan manusia menggunakan teknologi pendidikan.  Jadi saya perlu fikirkan cara untuk tidak membosankan pelawat yang ziarah buat kali pertama agar tidak tawar hati untuk kembali berziarah dek kerana banyak sangat maklumat yang membosankan.  Hu hu itu perlu satu proses refleksi yang amat berat, panjang lama dan yang paling penting harus berfikiran terbuka.  Masih boleh berfikir dan bertindak di luar kotak harapnya.

Wahai sahabat, rakan, taulan, guru, murid, anak didik serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.  Doakan moga diriku mampu mencapai kata putus antara minda/kognitif; jasmani/fizikal, sosial/warga PK, emosi/hati dan perasaan serta rohani/ketetapan yang telah ditentukan al-Haq. 

Ya Rabb, selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa. Tambahkanlah ilmu dan anugerahkanlah kami kefahaman dengan rahmatMu, cahaya dengan cahaya ilmuMu dan jauhkanlah kami daripada lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.  Ya Raheem, anugerahkanlah kami kefahaman nabi2 dan hafalan para utusan dengan rahmatMu.  Segala puji bagi ArRahman, Tuhan sekelian alam.

Wahai yiklana min amrina rashada.  Amin.

060520060032.jpg

   

 

 

This entry was posted in Thoughts & Reflections. Bookmark the permalink.

6 Responses to Laman Tetap Pages di Lajur Kanan dan Pautan PK di Atas

  1. FARIZA says:

    Salam kembali Kak ..

    Huhu .. otak saya macam nak terkeluar rasanya ni .. nak siapkan proposal yang ringkas tapi berat tu😦

    Kak .. maaf ye, ada satu lagi komen saya.. Dicadangkan supaya ruangan untuk KOMEN,PENDAPAT,KATA HATI, PENAMBAH RASA .. kat sidebar di sebelah ni dihapuskan. Nampak macam padat la .. after all, semua komen tu boleh dibaca jugak bila kita masuk ke setiap entry berkenaan,kan. Tapi mungkin akak ada rasional tersendiri kenapa akak letakkan kat tepi tu .. Bayangkan bila blog ni makin fofuler, senarai komen kat situ akan terus melambak ..

    Tapi terpulang lah ye .. teman kalau bab mengomen cepat aje hihih …

    Ok kat .. saya nak sambung perah otak ish ish …

    Jumpa esok naaa!

    Salam

  2. Cikgu says:

    Pandai la kome dengan catch fofuler tu, blog akademik kalau ikut kajian rambang tak pernah fofuler pun cuma penulisnya selalu shok sendiri…daripada orang kata gila cakap sorang2 baik tulis sendiri sekurang-kurangnya senang-senang boleh baca lagi apa yang dikatakan gila dan crazy tu haha! Dah lali dah dengan istilah gila dan crazy tu! Tak apa gila ilmu, gila belajar, gila-gila yang positif!

    * gila = dibaca extremely fond of/extreme

    Apa pun, tidak terkata betapa terharunya atas keprihatinanmu membantu kajian yang entah bila akan selesai ini. Terlalu banyak perkara yang perlu dibuat. Buku teksnya belum di interaktifkan lagi untuk masukkan ke sini.

    Perkara mudah tapi tangan yang dua ini kenapa rasa macam tak cukup? Mengapakah agaknya? Minda inkuiriku selalu bertanya-tanya.

    Betul sangat la komen Fiza tu. Tajuk-tajuk lain sebaris sahaja manakala yang itu tiga baris kan? Habis tu takkan tak ada tajuk langsung…letak Komen je ke boleh? Atau refleksi terkini (dah tukar dah tu, cuba tengok kira-kiranya boleh tak?)

    Tinta Ketikan Dell Kelabu
    Di Bawah Cahaya Putih Berlitup Biru

  3. Cikgu says:

    Fiza:

    Selepas mengunjungi Blog Sentuhan Mata Hatiku baru faham maksud Fiza buang tajuk dengan isi-isinya sekali. Akak dah turunkan ke bawah. Komen pulak terhad kepada 15 komen sahaja yang akan dipaparkan.

    Ini adalah kerana kalau pengunjung tetap (macam la ada…) macam akak bila masuk terus jeling kat bahagian Refleksi Terkini tu, kalau-kalau ada komen yang perlu dibalas. Jadi tak perlu masuk satu-satu posting nak tengok jika ada komen. Kadangkala orang masuk posting lama dan tinggalkan jejak yang perlu diberi maklumbalas juga macam komen akak kat blog Fiza yang dah lama Fiza pos, perasan tak baru wujud hari ni?

    Ikut teorinya kalau pengunjung yang komennya tidak ada respon atau maklumbalas samada positif mahupun negatif, selalu akan tobat tak datang lagi lepas tu. Wallahualam. Apa pendapat Fiza?

    Tinta Ketikan Dell Kelabu
    Di Bawah Cahaya Putih Berlitup Biru

  4. Cikgu says:

    Salam pada yang sudi memberi pendapat dan juga yang sudi membaca;

    Saya cuba la juga berfikir2 dalam mimpi semalam tentang topik ini, tapi bila bangun ilham yang timbul hanya sekadar untuk menaikkan kategori formal dan menurunkan kategori tambahan yang bertujuan mengikut kronologi keterkaitan dengan bidang kursus ini dan untuk tujuan memultidisiplinkan bidang pendidikan komputer itu sendiri.

    Ketidakluwesan ini bukanlah kerana wordpress tidak benarkan kerana ada template lain yang membolehkan pertukaran tersebut tetapi memandangkan kategori di sebelah lajur sekarang yang penting khusus kepada PK sahaja dah ada 7 kategori untuk pautan 1. pendidikan komputer, 2. perkomputeran, 3. grafik dan mm, 4. teknologi pendidikan, 5. Akademik, 6. pembangunan insan dan 7. meniti ilmu.

    Untuk laman pages yg tetap kini ada 4 dan akan ditambah 3 lagi: 1. doa penerang hati 2. handbook kursus dan 3. teks book kursus yg boleh menggunakan singkatan 1. doa mula 2. silibus dan 3. TeksAPK. Walau ada 7 elemen juga ia boleh disingkatkan dan kesemua 7 elemen ini perlu [disarankan] dibaca oleh penulis sekali dan peserta juga kecuali yg non-muslim tak perlu baca doa2 dan surah2 segala.

    Apa pun bila pertama kali masuk, memulakan sesi pembelajaran dgn doa2 dan surah untuk membuka luas pintu hati (1. doaku/doa penerang hati; 2. al-a’laa dan 3. al-insyirah) diikuti taaruf dengan guru dgn membaca prinsip belajar dan mengajarnya dalam page why i love teaching dan teruskan dgn memuatturun silibus dan TeksAPK iaitu bahan/teks rujukan utama bagi kursus ini.

    Seterusnya akan disambung malam nanti, tinggal tak sampai 2 jam lagi untuk siapkan prakata VC untuk buku program Seminar Kebangsaan eKomuniti. Hu hu, harap tak ada sangat suntingan macam prakata Menteri semalam.

  5. Fariza says:

    Salam kak,

    Mata saya takleh tidur akibat terpekena kopi secangkir tadi .. lalu menyinggah santai di blog cikgu🙂

    Kak, insyaAllah teks ucapan tu akan saya siapkan paling2 semput Ahad malam Isnin dan nanti saya emelkan pada akak full text (both) sebelum menjelang Subuh Isnin😀

    p/s: pulun, jangan tak pulun ek ….

  6. Cikgu says:

    WSL, Isnin pun takpe. Akak tak habis baca lagi bahan info telecenter yang tak sampai pun 100 m/s tu. Takpe2 sblm dhuha ni akk cuba pulun supaya by solat Jumaat (bukannya gi solat Jumaat pon he he) siap, lps Jumaat mula menulis.

    Weekend ni kene hantar Luqman exam kat Tumpat/Tanah Merah (tak sure ada info kat borang mengatakan MTS tu kat Tanah Merah tapi Ayu (student Pendidikan Al-Quran FPEND Tahun 3) dengan Bgck kata dah pindah kat Tumpat, kena tel Naim kot anak dia dgn Dr Tajul sekolah kat situ). Harap2 boleh mengetik Dell dalam kete, setidak2nya membaca menganalisis dan menyimpul.

    Dari Gua Musang camana nak ke Kota Bahru ye? Hari tu pegi sampai 12 jam, org2 Kelate sume pelek…Yati technician kata 6 jam boleh sampai, kitorang drive takla macam kura2, bdk2 kecik pun takde, takde la menyinggah2…hutan je pon along the way. Ntah jalan mana la tu…harap2 kali ni dapat petua, tips, b4 asar ni spy dapat sampai Kota Bahru in 6 hrs. Ayu kata dia naik bas pun sampai 8 jam. Tapi bas lain la …diorang pecut sakan…

    Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan sempat siapkan penulisan bab telecenter tu dalam perjalanan hu hu…Allah jua yang dapat memberi segala kekuatan. Wahaiyik lana min amrina rasyada. Amin.

    p/s Along kalau terbaca mesej Ummi ni mohon tanya2kan kawan Along kalau ada warga Kelate; camana nak sampai KB paling cepat ye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s