Forum 1 ini adalah tugasan refleksi pertama bagi kursus kejurulatihan komputer yang bakal dilaksanakan pada bulan November 2007. Walaubagaimanapun ia terbuka untuk perbincangan bila2 masa di mana-mana oleh sesiapa yang memasuki pelantar maya Forum Pedagogi 1 ini.
Bincangkan kaedah2/pedagogi / uslub pengajaran komputer yang boleh menerapkan uslub kaedah berdakwah seperti yang dikemukakan dalam artikel berikut:
MEMAHAMI USLUB DALAM BERDAKWAH
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-nahl ayat 125 bermaksud:”Serulah kepada Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bermujadalahlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”.
Merujuk kepada ayat al-qur’an di atas terdapat 3 cara/ uslub yang boleh digunakan untuk berdakwah iaitu:
1. Pendekatan hikmah.
2. Pendekatan mau’izah hasanah (memberi anjuran / didikan yang baik-baik dan mudah difahami
3. Pendekatan mujadalah (bertukar fikiran bertujuan mendorong supaya berfikir secara sihat dan lebih baik)
Pendekatan-pendekatan di atas perlu digunakan memandangkan sasaran dakwah adalah berbeza-beza di mana Syeikh Muhammad Abduh telah membahagikan sasaran dakwah kepada 3 golongan iaitu:
1. Golongan cerdik pandai yang cinta kebenaran dan dapat berfikir secara kritis. Cepat dapat menangkap erti persoalan. Golongan ini sesaui dengan pendekatan 1 di atas.
2. Golongan awam- orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritis dan mendalam, belum dapat menangkap maksud yang tinggi-tinggi. Mereka sesuai dengan pendekatan ke-2.
3. Golongan yang tingkat kecerdasannya di antara kedua golongan di atas, akan tetapi tidak akan sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam, mereka suka membahas sesuatu tetapi hanya dalam batas tertentu, tidak sanggup mendalam benar. Golongan ini sesuai dengan pendekatan ke-3
27.12.2006 posted by anwarjauhari @ http://karismakmj.blogspot.com/