Meniti Hari Mencari Mentari Merah 3

Mujahid Ulung,
Tiada maaf yang perlu buatmu,
kerana tiada salah pada dirimu,
kaulah permata hati, penyejuk mata, penghambat pilu. 

Mujahid Ulung,
Hapuskan air matamu,
Luahan rasa hati bundamu,
Bukan untukmu,

Mujahid Ulung,
Bingkas bangun, masa tidak menunggumu,
Luahan rasa sekadar ikatan muhasabah bundamu,
Bukan juga penderitaan pada tafsiran kalamku.

Mujahid Ulung,
Buat sekian kalinya bunda mohon padamu,
Hapuskanlah air mata itu,
Bunda tidak tega, air mata jadi mainanmu,
Nun masih jauh amat baki perjalananmu.

Mujahid Ulung,
Bagaimana mungkin kubunuh waktu,
agar senyummu kembali menghimpit pilu,
Betapa sunyi di dasar laut gagal menghancurkan ingatan pilu,
kanvas biru gambaran wajah lembutmu terkedu.

Mujahid Ulung,
Bingkas bangun, kotakkan air mata itu,
Lantas cairi ia di sejadah hijau birumu,
Buat al-Haq yang menunggumu.

Mujahid Ulung,
Hapuskan air matamu,
Kudamba lukisan indah tawa riangmu,
Seusai kenari membawa pergi kisah dulu.

Mujahid Ulung,
Hapuskan air matamu,
Lihat itu secangkir nescafe ditambah madu,
dengan krimer manis buat menawan hati pilumu,
buah hati bunda…nescafe maya kian dingin menantimu,
dihening malam syahdu buat teman munajatmu. 

 tears.jpg

Bunda
27.10.07

La Tahzan, moh dgr lagu ANAK ni.  Ia  merupakan lagu yg satu ketika dulu (zaman belum paham – huhu sekarang pun takle paham benor tapi insyaAllah berusaha meningkatkan kefahaman) sentiasa bermain di bibir (pinjam kata2 musafir aka shahr) masa ummi kecik2 dulu zaman 70an (eh…rasa tua sgt lak) mungkin 80an-90an kot. 

Yang pasti tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg telah kembali menemuiNya…Ia cuma telah menjadi sumber inspirasi dalam kelas BM Cikgu Somcit (masa Form 2 di MRSM Kulim) untuk buat karangan yang dapat A (jarang2 dapat A, boleh kira dengan jari sebelah tangan je).  Satu lagi lagu Ebiet J. Ade (along tak kenal kot) Kamelia, pun pernah menjadi sumber inspirasi dalam kelas BM Cikgu Shariah tuk dapat A masa Form 4.  (Mmg jarang ummi dapat A tuk karangan! nanti ada masa ummi cari…selalu melalut je cite). 

Dua2 cikgu tu dah takde lagi kat MRSM, transfer ke BPM, MARA HQ.  Cite ttg cikgu BM nak sebut gak cikgu MAM (Muhammad Ali Muhd?) yang kini pengetua di MRSM Jeli, dulunya ayah homeroom merangkap cikgu BM Form 1.  Ha ha…alhamdulillah Cikgu Azmi ganti Cikgu MAM masa Form 4 sebagai ayah homeroom, maka itulah Ummi gi buat Chem Eng sebelum tukar ke CS.

Sebelum tu tak tau apa nak jadi, yg pasti something to do with BM, KIMIA dan BIO (BM mmg sebab minat sastera sejak kecil suka baca buku2 sastera milik Makngah bukan pandai pun bahasa cuma minat – sekarang best, tak ambil sastera pun ada komponen sastera dalam subjek BM. Ingat lagi tajuk buku sastera Form 1 milik Makngah “Oh Ani Sayang”.  Minat gak BIO yg spt gak KIMIA (Cikgu Azmi), minatnya sebab cikgu ABBa dan cikgu Halim yg best tentunya). 

Apapun kat MRSM tak offer subjek sastera.  Tunggu cuti baca buku makngah.  Moga Allah memberkati mereka2 semua di bumi al-Khaliq ini yang telah memberi ilmu kepada kita.  AMin.

versi asal

versi Melayu
 

tengok versi melayu ni teringat lak kat topek ntah mengapa…?? Adek kata cam abang topek je yang nyanyi tu…?? (adik suruh letak tanda soal 2X…adik minta abang taufik tunjuk muka …??)

Salam maat taufik wannajah fil imtihan buat taufik, omar dan nabil.  Jasa kalian tak mungkin dilupakan.  Mohon tengok2 kan anak Ummi. Jangan biarkan dia bermain air.

This entry was posted in Thoughts & Reflections and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s