Merangka Kerangka Kejurulatihan Komputer

Bismillah ar-Rahmaan ar-Raheem,

Segala puji2an hanyalah untukMu ya Rahman, Tuhan sekelian alam, satu2nya Rabb dan Ilahku, perbetulkanlah segala keterpesongan ilmu yang kucari ini, jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata.  Permudahkanlah urusanku. Wa hayyi’ lana min amrina rasyada

ipoptpmjpeg.jpg

Huhu…Asalnya inilah kerangka konsep ke arah pembinaan Sistem Kejurulatihan Komputer Menggunakan Pendekatan Hibrid yang menggabungkan pelbagai (i) MEDIA [media cetak (Teks/Modul kursus dan helaian kerja), web (blogging, ePortfolio, YM dan LMS) dan elektronik yang selain web (CDbased courseware, video dan power point presentations)] dan (ii) KAEDAH [komunikasi berperanta komputer, kuliah & seminar semuka dan dalam talian serta pembelajaran akses kendiri] menggunakan (iii) PENDEKATAN AKTIF [problem oriented project based pedagogy dan alternative assessment berlandaskan domain2 pembelajaran yang digariskan oleh kerangka kelayakan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MQF (Malaysian Qualification Framework)] dengan mengambilkira (iv) KEPELBAGAIAN PELAJAR [dari pelbagai aspek – personaliti, kecerdasan dan gaya belajar] serta mengaplikasikan (v) TEORI2  pembelajaran dewasa, minimalist dan beban kognitif.

Dr. Shanudin (main supervisor) kata,

ok, tapi outputnya mestilah sebuah model kejurulatihan komputer atau setidak-tidaknya framework

Dr. Khairul kata (supervisor bidang pembangunan manusia),

ok, saya percaya Rosseni boleh melaksanakannya walaupun dengan tambahan elemen gaya kognitif

Prof McDonald (selepas perbentangan di HERDSA, Adelaide) kata,

hmm, very good but seems to me a bit too ambitious on the computer curriculum

ha ha!  :( hu hu .. now read between the lines…[dibaca: kalau mat salleh puji jangan ambilkira pujiannya, itu intro kepada kritiknya maka ambillah kritiknya yang diungkap seringkas2nya itu dengan minda terbuka…follow up, kejar dan interview untuk dapatkan kritik terperincinya…boleh sedih – apa tidaknya betapa kerdilnya rasa diri ini…dahlah ilmu akhirat jauh sekali pelarian yang perlu dibuat ini ilmu dunia yang percaturannya untuk langkah menuju kepada al-Haq juga amat jauh dan tak terfokus lagi hu hu…].

Tapi redholah wahai diri insan penyelidik… kerana itu adalah jalan yang Allah permudahkan untuk mencari dan membetulkan kesilapan sebelum sesat jauh ke planet Pluto…Allah amat menyayangiku…tidak membiarkan aku terhempas dari ketinggian yang kelajuannya tidak mampu kutahan dan jika tiada yang menghentikanku sejenak pasti aku sesat jauh dan jika jatuh terhempas, pasti hancur berkecai …subhanallah walhamdulillah walailahaillallah hu wallahuakbar.

researcherlife23_213.png

Maka maksudnya kajian ini belum fokus lagi untuk tahap PhD [hu hu masa kian mencemburuiku, tiada ruang yang tinggal maka perlu kucantum sisa dan baki2 dari pelbagai ruang lain untuk ini…maafkan diriku bagi semua yang terabai haknya kerana kelemahanku ini], perlu kecilkan skop khususnya dari aspek kurikulum yang nak diuji; ambil sampel kurikulum yang penting sahaja; gunakannya untuk mendalamkan kajian terhadap setiap pembolehubah dalam skop yang baru. 

researcher_life16_681.png

Alhamdulillah…terima kasih kepada semua yang memberi pendapat semasa di HERDSA Adelaide.  Kerangka terkini akan menyusul, insyaAllah. 

Oh Tuhan! Tatkala ku mengintai jendela ilmuMu, aku ternampak cahaya di hujung terowong ini…subhanallah, sungguh Kaulah yang memberi petunjuk, hidayah dan ilham jika Kau menghendakinya.  Laa ilaha illa anta.

This entry was posted in Thoughts & Reflections and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Merangka Kerangka Kejurulatihan Komputer

  1. FaisaL says:

    ummi..

    tidak pernah ummi mengabaikan hak along walau sesaat.. setiap orang punya tanggungjawabnya.. difahami..

    ummi jangan risau.. mana yang termampu untuk dibantu, akan senantiasa dibantu.. insyaAllah..

    moga terus dipermudahkan olehNya..

    amin ya Rabbal ‘alamin..

  2. Cikgu says:

    Jazakallahukhairan kathira, moga Allah sentiasa memeliharamu,
    permata hati, penyejuk mata ibu,
    walau apa pun komenmu,
    pengabaian hak yg menjadi tanggungjawab ibu,
    tetap berlaku,
    namun redhomu,
    membuat hatiku sayu,
    moga syurga jua milikmu,
    mutiara hati ibu, penghibur lara-rindu,
    penghambat pilu, mujahid ibu,
    sama2 kita bina baitul muslim yang dirindu.
    Moga Allah restu,
    Sepanjang ranjau berduri dibantu,
    Menuju al-Haq yang satu.

    Tinta Pena Dell Ibumu
    31.10.07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s