Pendemokrasian Pendidikan

                                                              Bismillahirrahmanirrahimtension_small_634.jpg 

Salah satu daripada lapan domain hasil pembelajaran yang digariskan dalam kerangka kelayakan Malaysia ialah kemahiran komunikasi.  Sebagai guru di MRSM, amat mudah mengajar pelajar-pelajar yang rata-ratanya bijak berkomunikasi dan cerdik akademik.  Namun ada seorang dua yang kurang pandai berkomunikasi tetapi tidak semestinya kurang cerdik akademik.  Sungguh pun demikian, kadangkala pelajar-pelajar ini secara tidak sengaja didiskriminasikan oleh guru lantas akhirnya mendapat gred yang kurang cemerlang.  Ramai juga yang mengaitkan “introversi” dengan “kurang kemahiran komunikasi” dan “kurang aktif” serta “kurang konstruktif”.akuboring.jpgakuboring.jpg

 

Sebagai guru kita jangan salahkan pelajar jika ia tidak bijak berkomunikasi tetapi salahkan diri kita sebagai guru kerana tidak mampu mengeluarkan potensi minda mereka hanya kerana halangan tersebut…di negara yang merdeka ini pendidikan adalah untuk semua maka harus kita tangani masalah pelajar introvert ini … kerana mereka sebenarnya bukan tidak bijak (Albert Einstein juga seorang yang introvert).   Kita tidak seharusnya memberi hanya pada yang meminta dan bertanya tetapi juga kpd yang menginginkan….  InsyaAllah dengan keikhlasan di hati untuk memberi pada yang memerlukan, Allah akan memberi cahaya hikmah kepada kita agar dapat membaca keperluan pelajar kita dan mampu mengenal pasti  pelajar  mana yang benar-benar memerlukan perhatian. 

akuboring2.jpg

Kadangkala pelajar introvert punya pelbagai idea yang berlegar-legar di kepala hanya menanti di panggil untuk mengemukakannya.  Persekitaran masih tidak dapat memerdekakan keinginan mereka yang melonjak-lonjak untuk memperkatakan apa yang tersemat dipemikiran mereka.  Namun apakan daya, inilah sistem pendidikan di Malaysia.   Untuk mengangani masalah ini, pertama sekali kita harus peka akan kewujudan pelajar pelbagai.  Golongan minoriti ini juga punya hak yang harus kita tunaikan.  Keduanya adalah dengan merangka kurikulum yang menggunakan pelbagai media dan kaedah taksiran agar semua pelajar berpeluang mengembangkan potensi masing-masing. Saya cuba mengkaji kebarangkalian merangka model pembelajaran maya secara hibrid untuk memperlihatkan kerangka model pembelajaran yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah pendemokrasian pendidikan untuk semua pelajar yang pelbagai dari aspek personaliti, kecerdasan dan gaya belajar.  Setiap satu komponen ini akan dijelaskan lagi secara lebih terperinci dalam entri-entri yang akan menyusul kelak. 

Akhir kata, doa ikhlas dari seorang insan yang sentiasa memerlukan petunjuk dan hidayah dari AlHaq yang satu untuk mengharungi onak dan duri menyusuri alur kembara ilmu ini agar sentiasa dalam redhaNya.  Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan, kurniakanlah maghfirahmu, kasihanilah kami dan maafkanlah kami, kedua ibubapa kami, orang-orang yang kami sayangi, mereka yang pernah mengajari kami serta mereka yang pernah kami ajari, juga semua yang memperjuangkan yang haq.   Kurniakanlah kami barang sebutir mutiara  kasihMu.   Sesungguhnya Kaulah satu-satunya Rabb dan Ilah kami, jangan tinggalkan kami sendirian walau kadar sekelip mata.  Perbetulkanlah segala urusan kami.  Laa ilaha illa anta.

This entry was posted in Human Development and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pendemokrasian Pendidikan

  1. Anak Singa says:

    Salam ziarah.

    Terima kasih sebab melawat dan meninggalkan jejak di Journal O’ Mine.

    Jazakillahu khairan kathira🙂

  2. Cikgu says:

    Waiyyaka. Dah bbrp kali sebenarnya. Teruskan perjuangan penulisan kreatif gaya santai yang mudah mendekati hati NetGeners (dibaca generasi Internet remaja masa kini) namun sentiasa ada maksud yang tersirat dan tersurat. Tahniah! Moga Allah rahmati segala daya dan usaha Aliff. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s