Doa ku yang mengharap hanya dari Mu ya Ilahi,
Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri ni’matMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatmu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, pinta perkenankanlah.
Ya Allah kini menjelanglah malamMu dan beredarlah sudah siangMu, dan inilah keluhan suara orang-orang yang berdoa padaMu, maka oleh itu ampunilah dosaku. Ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dgn ma’rifat tentangMu…maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.
Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmah, ajarkanlah kami, Ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.
“maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih kepada Daud. Dan kamilah yang melakukannya” (al-Anbiya’:79)
Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad s.a.w., selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmuMu, dan jauhkanlah kami dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrataa’yun wajaalna lil muttaqina imama.

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.
5. Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.
7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi.
8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).
10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.
11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.
12. Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya).
13. Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
14. Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).
15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.
19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
al-Insyirah
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).




amin..
amin..
amin ya Allah..
amin ya Rahman..
amin ya Rahim..
amin ya Rabbal ‘alamin..
Terima kasih kerana sama-sama mengaminkan doa untuk kita semua. Moga Allah perkenankan. Amin.
masya-allah..lawa yer gambar2 kat dlm post du’a ni..
alhamdulillah, dari koleksi Faisal
semua tu Fazleen.
di bukakan jalan…ramai yang menolaknya termasuk aku……..pintu terbuka luas tapi masih tidak mahu….apakah kemahuan mu wahai hati…..kata Nabil…lu pikir la sendiri!!!!!…..
termasuklah diri ini..
Namun, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pemurah Maha Mendengar dan Dia berjanji tidak akan mengecewakan kita selagi kita tidak jemu memohon padaNya.
Jika tidak diberikan apa yang dipinta pasti ada yang lebih baik untuk kita. Itu janjinya maka apalah daya kita selain berdoa kepadaNya memohon agar hati ini mahu menyelusuri jalan yang terbuka luas pintunya itu…
Untuk diri ini terutamanya, Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri ni’matMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Amin ya rabbal alamin.
ya syukur……kita memang tak bersyukur merungut tak tentu pasal…mesti ada yang selalu tak cukup…….doa dah berbagai ada yang dari Al Quran ada yang dari Rasul ada yang dari para solihin….ada yang mengarang sendiri……Maha Suci Allah…Dia mendengar dan menjawab kesemuanya tapi kita yang tuli…..tunduk dengan kehendak nafsu kita…..wahai nafsu kau memang hebat kau buat aku terpedaya sehingga sekarang…..apalagi yang kau mahukan dariku……
Seperti dalam posting Ust Hasrizal ttg Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta yang linknya ada dibawah kanan dalam blog Erti Hidup Pada Memberi,
“One went to the door of the Beloved and
knocked. A voice asked, ‘Who is there?’
He answered, ‘It is I.’
The voice said, ‘There is no room for Me and Thee.’
The door was shut.
After a year of solitude and deprivation he returned and knocked.
A voice from within asked, ‘Who is there?’
The man said, ‘It is Thee.’
The door was opened for him.”
– Jelaluddin Rumi
adakah ini cinta??
Cinta mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia. Pasti kebahagiaan akan menyusul pula buat yang memastikan dan mendoakan kebahagiaan orang yang dicintai. Jika tidak dengan orang yang dicintai dengan orang yang lebih sekufu serta lebih sesuai dan baik untuknya.
Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui [1:216]
ya benar tapi manusia tidak pernah puas dengan cinta…datang ngan pergi sesuka hati………..hahaha kita terpedaya…terpedaya dengan cinta yang buta……bila bercinta dengan sesuatu makhluk…kita sanngup berhabisan tetapi bila tawar cinta itu maka hilanglah serinya……Ya Rabb….Ya Wadud…Ya Allah….cinta yang diciptakan olehMu ini sungguh besar ujiannya…..ramai yang tewas…..kata seorang yang berilmu…jangan sampai dia menunggang kamu,kamu tungganglah dia dan berkelanalah kamu sehingga ke taman yang indah….bila pintu di buka,tinggallah tungganganmu itu dan masuk kedalam………’ride your ego’ and enjoy the ride……..cinta dan ego ada kaitannya…….